Saturday, June 28, 2008

Akan aku ingat

Fizikal aku yang kecil, rendah tp perut sedikit boyot sering menjadi pertanyaan rakan-rakan aku. Kenapa badan kau kecik tak macam mereka-mereka yang sebaya? Lebih kurang macam ni la soalan diorang tu. Dan bila saja mereka bertanya pasti aku teringat pada cerita yang mak aku pernah ceritakan pada aku suatu ketika dahulu.


Sekitar tahun 80an, mungkin pertengahan mungkin juga hujung2.

Pagi itu sama sahaja seperti pagi-pagi yang yang lain cuma bezanya mak aku. Hari itu dapur di rumah kami serba kekurangan dari beras hingga la ke gula dan garam. Dengan hanya satu ringgit di tangannya sudah tentu tiada satu benda pun boleh dibeli untuk mengisi perut kami sekeluarga. Kalau beli beras barang lain sudah tentu tak dapat dibeli dan kalau dibeli ikan atau sayur pasti gula dan garam tak dapat dibeli juga. Erti kata lain dengan duit satu ringgit itu memang tiada bezanya dengan tiada wang. Mak aku pula sudah tentu dia tak dapat memikirkan cara untuk mengisi perut kami.

Dengan nada sayu dia bertanya pada aku "apa yang kita nak makan hari ini mak takde duit nak beli makanan....". Aku yang masih kecil dan tak tahu pape masa tu menjawab "tak per la mak, bukan mati pun kalau kita tak makan sehari" sambil aku memeluk dia. Dapat kamu bayangkan betapa sedihnya mak aku ketika itu?

Tapi Allah itu Maha Kuasa lagi Maha Pemurah, tengahari tu mak mendapat surat dari Tabung Haji (kalau tak silap aku) yang membenarkan pengeluaran simpanan dibuat. Dengan duit satu ringgit itu lah mak aku jadikan tambang untuk ke Tabung Haji, keluarkan berapa yang ada dan seterusnya mengisi perut-perut kami. Aku pasti mak menangis kesyukuran, syukur kepada tuhan.


Ayah? Jangan la tanya, dia tak pernah ada masa kami susah.




Jadinya aku memang tak kisah pasal makan, makanan, lapar ataupun kenyang kerana apa...?




2 comments:

Ojie said...

aku rasa sayu baca entry nih..
waaa nape aku sayu je hari nih..
kesedihan betul la..

182 said...

alamak..
minta maaf la yer aku bukan sengaja nak buat orang lain rasa sedih..