Monday, November 16, 2009

Sains rumahtangga

Masa tingkatan dua aku masih berada di kelas budak-budak pandai. Aku bukan la pandai pun tapi aku diselamatkan oleh beberapa budak bodoh dari diturunkan ke kelas bawah. Walaupun dah macam tu aku masih malas nak belajar, tak reti nak insaf langsung.

So nak dijadikan cerita, dalam banyak-banyak matapelajaran yang aku tak suka subjek sains la paling aku paling malas nak belajar.

Mana taknya masa dulu-dulu lepas buat eksperimen ke ape kene tulis dalam buku log kulit keras. Kalau pendek takper ni tak, panjang berjela. Belajar pun malas ni kan plak nak menulis.

Setelah beberapa bulan terselamat tibalah masa untuk Lee Lai Ping meluahkan rasa marah dan ketidakpuasan hatinya.


Dari awal tahun sampai sekarang tak pernah saya tanda buku awak. Mana pergi buku awak? Budak ini susah betul itu.

Err buku saya hilang kat rumah, cikgu.
Ada sikit menggeletar gak la masa aku jawab.

Besar sangat ker rumah awak sampai nak cari pun susah. Budak ini susah betul itu.

Dengan tanpa rasa bersalah aku menjawab.
Macam mana nak cari, rumah saya 5 tingkat bilik jer berpuluh.


Separuh kelas yang tau aku tinggal kat flet ketawa berdekah. Muka Lee Lai Ping makin merah. Aku dah rasa nak cabut dari kelas masa tu gak.

Sejak tu aku belajar sains dari tangga.

Wednesday, October 21, 2009

Hari ni

Terjumpa seposen dalam lubang jamban pagi tadi. Setahu aku, jamban tu tempat orang buang hajat bukan tempat berhajat. Ingat tu kolam ke apa.


Badan bila penat, akal mula ke lain.
Duit tu terjatuh la bengap.

Sunday, September 20, 2009

Fitrah

Amil tu dah tua. Sebelum bayar dia tanya nama aku sebab nak tulis kat resit. Banyak kali gak la aku ulang nama aku baru dia tulis.

Lepas bayar aku tengok resit, dia tulis kat situ dalam huruf jawi...
Isteri bin Abd Samad.



Meleleh air mata aku tahan gelak.



SELAMAT HARI RAYA SEMUA.

Sunday, September 6, 2009

Re-arranged

Eherm.

FUCK YOU, FUCK YOU and FUCK YOU.





Lain kali diam-diam sudah.

Wednesday, August 19, 2009

Isi tempat kosong

Di satu upacara berbual-bual dengan member petang tadi.


Aku ingat nak balik kampung la jumaat ni.

Aaa balik la.

Ada pesta membantai kat kampung aku.
Tambah dia lagi.

Pesta apa?

Ala sehari sebelum puasa dorang ada buat korban pastu bagi-bagi kat orang kampung. Tempat ko takde ker?

Ceh tempat ko je ada pesta mengarut camtu. Tempat lain orang buat pesta lain. Sehari sebelum puasa orang duduk rumah pastu berpesta dari pagi sampai ke petang.

Pesta pebende siot duduk rumah je.

Pesta mem _ _ _ _ _. Huahuahua.



Zoooop. Sikit lagi mouse nak masuk mulut aku.

Sunday, August 16, 2009

The Chronicles of Padil

Ini adalah kisah tentang Padil (bukan nama sebenar sebab nama sebenar dia aku tak tau). Dia ni adalah salah seorang penghuni banglo melati, rumah aku duduk sekarang ni la (bukan banglo pun saja je nak riak).

Dia ni suka berbual sorang-sorang dah macam orang gila (sebab takde sorang pun nak layan dia berbual). Kalau dia bercakap takde hal lain kalau tak pasal dia nampak kereta sport kat jalan, program bodoh kerajaan , psp awek dia selalu rosak dan lain-lain cerita yang langsung tak lucah.

Seperti makhluk-makhluk lain, dia ni gemarkan internet. Oleh sebab takde laptop mahupun desktop (psp pun pinjam awek, apa barang) maka pilihan yang paling best adalah mencekau laptop penghuni lain. Dan yang selalu menjadi mangsa adalah laptop Basri (bukan nama sebenar tapi aku tau nama betul dia) mungkin sebab laptop dia sentiasa parking kat atas meja (atau mungkin banyak benda tak senonoh dalam tu).

Satu malam tu, macam biasa bila dia balik je terus nak online tapi kali ni laptop Basri takde. Tanpa segan silu dia cari beg Basri terus keluarkan laptop, letak atas meja dan pandang aku dengan muka pelik.

Bro, bateri dia mana haa?

Seperti kebiasaan aku diam je. Dia bukak lagi beg Basri dan kali ni dia keluarkan cooling pad plak. Dengan yakin dan konfidennya dia cuba masukkan bendalah tu kat ruang bateri.

?????

Apa ker bengap la.







Kalau The Testicle of Padil, ok tak.

Monday, July 6, 2009

Vishnu dan matemaik

Masa tingkatan satu dulu ada sorang jer lelaki india dalam kelas aku. Nama dia Vishnu. Kacak gak la macam hero tamil. Walaupun hensem takder sorang pun kat sekolah tu yang dia minat. Dia lebih suka ponteng sekolah dan bekerja kat fun fair. Tak fun langsung sebab aku rasa sekolah tu pun dah macam fun fair. Oh yer, dia ni duduk sebelah aku tu pun kalau dia rajin datang sekolah la.

Cikgu matematik aku plak seorang amoi. Name ape ntah aku tak ingat. Dia ni macam Vishnu gak tak rajin datang sekolah. Sibuk beromen dengan boipren agaknya.

Pada satu petang yang indah sedang aku tunduk dengan mata yang terkebil-kebil menahan rasa mengantuk terdengar amoi tu menjerit.

VISHNU..U JAWAP SOALAN NO 2!!

Satu kelas ketawa terbahak-bahak.
Aku dah rasa semacam. Vishnu tak datang hari ni.






Dua tahun gak la aku boikot matematik.

Sunday, June 21, 2009

Friday, June 5, 2009

No Point

Dulu masa sekolah antara subjek yang aku lemah selain matematik, matematik tambahan, sains, geografi, sejarah, pendidikan agama, kemahiran hidup, akaun, perdagangan adalah subjek bahasa inggeris.

Paling menyampah bab menjawab soalan karangan. Ada sekali tu masa exam aku jawab soalan pasal masalah kebakaran hutan tapi rupa-rupanya pasal penebangan hutan secara haram. Entah macam mana otak aku berfungsi aku pun tak tau la.

Macam mengaji gak la kan walaupun tahu baca tapi maksud dia ntah satu benda tak paham.

Dan sekarang aku tengah berusaha menghabiskan satu buku kanak-kanak setebal lebih 500 mukasurat. Pening dowh.

Tuesday, May 19, 2009

Sunyi

Aku berdoa untuk sesuatu yang baik.
Rasanya dah termakbul.
Terima kasih.

Tapi untuk jauh dari dosa dan kesalahan amat susah.
Kan?

Wednesday, May 6, 2009

Kim Kaphan

Malam semalam.
Tengah bosan-bosan.
Aku belek la telefon canggih aku yang takde kamera mahupun skrin berwarna.
Tengok contact yang ada dalam tu.
Ternampak nama Kim.
Aku test la call.
Mana la tau kan dia dah tukar nombor. Boleh la aku delete nombor dia.

Sekali keluar caller ringtone XPDC.
Sah dia masih pakai nombor lama.
Cepat-cepat aku letak.
Takdenye aku nak dengar suara dia yang garau lagi berkahak.

Lebih kurang setengah jam lepas tu.
Dia misscall aku balik.
Disusuli dengan satu sms masuk dari Kim.

"Hai"








Kepala hotak dia la. Dia lagi awal delete nombor aku.

Thursday, April 30, 2009

Rabu

Setiap malam seperti semalam.

"People fake a lot of human interactions, but I feel like I fake them all, and I fake them very well, that’s my burden, I guess."

-Dexter Morgan






Wednesday, April 29, 2009

High

Dua tiga minggu ni aku berada di awang-awangan.




Ngehehehe..

Wednesday, April 15, 2009

Miyau

Awek ni kelakar. Rasa macam nak berkenalan jer dengan dia. Tapi aku ni malu-malu kucing ehehe.

Camner haa?

Saturday, April 4, 2009

Sengal

Aku ke Tan Chong pagi tadi. Sampai2 jer aku di sambut dengan mesra.


Pum pam pum pang...

Blablabla..blablabla...

Pum pam pum pang...


Ada la lebih setengah jam.
" So, amacam..ok?"






Err encik, saya datang ni nak amik kereta member yang hantar servis kelmarin.
Muka lelaki tu berubah. Aku dapat rasakan dia tengah mencarut dalam bahasa asing dalam hati.

Friday, April 3, 2009

Biasa

Selalunya aku yang nak sangat mati.

Tapi harini aku nak semua orang mati.







CELAKA

Monday, March 30, 2009

Cerita bas

Ahad lepas. Semalam la kan. Sepanjang perjalanan dari JB ke KL aku duduk sebelah awek. Boleh tahan cun gak la siap bawak bekal beb. Satu set Mc d. Berbanding dengan aku, aku hanya ada sebotol air mineral, sebiji kopiko dan sebiji hacks. Memang aku rasa sangat hina lagi rendah diri. Sah la aku takkan bercakap dengan dia.

Tapi biasa la kan kalau dah aku ni cute lagi baby face mana ada orang boleh tahan. Belum pun sampai sejam perjalanan, awek tu cuba memulakan perbualan.

Bau awak sedap la..pakai apa?
sambil mengunyah.

Malaikat subuh.
selamba aku jawab.

Dia tutup mulut konon-konon ketawa kecil la tu.
Sebab dia dah puji aku, aku pun kena la puji balik. Budi bahasa kan.

Aku bukak mulut tanpa pikir panjang aku cakap.
Awak.......bau kentang.

Dia mencebih mulut terus pandang luar. Aku pasang muzik dan berpura-pura tidur sampai KL.






Sikit pun tak hulur. Ada hati nak berbual.
Wattta!!!

Monday, March 23, 2009

Masa

Agaknya kalau kita berlari boleh kita jumpa apa yang dicari.




Nenek aku datang lagi.
Dia cakap lorong yang aku lalui salah. Jalan lurus tapi gelap.

Kau patut lalu jalan satu lagi sambil menunjuk jalan yang bengkang bengkok tapi cerah.




Perlahan-lahan.

Tuesday, March 10, 2009

Layang

8 biji panadol

Sebotol ubat batuk

Entah berapa dos strepsil

Beberapa email tak senonoh

Tiga empat minit 3gp bodoh..


Agak-agak boleh baik demam tak malam ni jugak?

p/s: mungkin 10 biji kot.

Thursday, February 26, 2009

Makan

Ada satu kedai makan ni. Dalam sebulan ada la tujuh lapan kali aku datang. Boleh kira kerap la kan. Sampai akak yang berniaga tu pun dah kenal aku.

Beberapa malam yang lepas aku datang ke kedai tu lagi. Dan aku ditanya satu soalan pelik.

Apa yang awak suka sangat dengan nasi lemak akak, sedap ker?

Senyum. Aku cuma tersenyum.





Dalam kepala dah kotor.

Monday, February 16, 2009

Erti

Kamu

Ya, kamu.

Tahu tidak,

Kamu tidak perlu gembira untuk tidak bersedih.

Tolong

Tolong, senyum.






Mengerti?

Thursday, February 12, 2009

Entiti (?)





Gambar dirembat sewenang-wenangnya dari FB member aku. Nanti2 la aku mintak izin kat dia.
Yang penting menurut beliau gambar ini di upload terus dari kamera, no edit2.

So, real or not. Percaya atau tidak. Sukati kamu ler.











Dan korang jangan nak merepek. Kompem la minah baju putih tu bukan member aku. Hantu mana la reti guna Facebook tu. Aku pun tak reti tapi aku bukan hantu.

Sekian.
Say Konica

Saturday, February 7, 2009

Dua (2)

Kan bagus kalau ada dunia sendiri..



(If I had my own world)
(I'd build you an empire)

If I had my own world
I'd fill it with wealth and desire
A glorious past to admire
And voices of kids out walking dogs
Birds, planes, trees and cars

If I had my own world
I'd love it for all that's inside it
There'd be no more wars, death or riots
There'd be no more police, packed parking lots
Guns, bombs sounding off

If I had my own world
I'd build you an empire
From here to the far lands
To spread love like violence

If I had my own world
I'd build you an empire
From here to the far lands
To spread love like violence

Let me feel you, carry you higher
Watch your words spread hope like fire
Secret crowds rise up and gather
Hear your voices sing back louder

If I had my own world
I'd show you the life that's inside it
The way that it glows when you find it
The way it survives with it's families
Friends or it's enemies

Let's make this a new world
I swear you can go if you want to
I know that you have that within you
Inventing the first clean and usable
God's greatest miracle

If I had my own world
I'd build you an empire
From here to the far lands
To spread love like violence

If I had my own world
I'd build you an empire
From here to the far lands
To spread love like violence

Let me feel you, carry you higher
Watch our words spread hope like fire
Secret crowds rise up and gather
Hear your voices sing back louder

Let me feel you, carry you higher
Watch our words spread hope like fire
Secret crowds rise up and gather
Hear your voices sing back louder

Let me feel you, carry you higher
Watch our words spread hope like fire
Secret crowds rise up and gather
Hear your voices sing back louder

Let me feel you, carry you higher
Watch our words spread hope like fire
Secret crowds rise up and gather
Hear your voices sing back louder


Secret Crowds
by
Angel & Airwaves

Satu (1)

Aku sedang berada di pejabat untuk mendalami ilmu kulit fail.

Apajadah.
Haramjadah..
Kejadah..

Wednesday, February 4, 2009

Armenian Patriotic Songs

TROYI HISHADAGIN
(Hayots Yergnkov Antsek)

Hayots yergnkov antsek havker eem siroun,
Kach haytougits parev darek tebi doon,
Sev ardzvi bes molor odar aperoum
Dzogh hoghin garod mdav haverj koun

Ari tou kach Tro, pazgeet oujuh per,
Hedzir ko djermag tseen, ksheer sarn ee ver,
Tsaynir ko kacherin' knats teh artoun,
Prgeer ko hayrenik' chknagh Sourmaloun.

Shad tahidjner en ungel pazgit harvadzin,
Ches vhadvel ankam grdzkit khor verkits,
Arverch zrgank es grel ko gamkov ari,
Tou kach zinvor azki ou kaghapari.

Ari tou kach Tro, pazgeet oujuh per,
Hedzir ko djermag tseen, ksheer sarn ee ver,
Tsaynir ko kacherin' knats teh artoun,
Prgeer ko hayrenik' chknagh Sourmaloun.

Tashnagtsaganin vayel annegoun gamkov,
Baykarel es, abrel azki garodov.
Garn ou Ani, Sourmalou, Mitlis hishelov'
Pagvel en acherut haveedian knov...

Ari tou kach Tro, pazgeet oujuh per,
Hedzir ko djermag tseen, ksheer sarn ee ver,
Tsaynir ko kacherin' knats teh artoun,
Prgeer ko hayrenik' chknagh Sourmaloun.







Ada rasa sikit bangga tapi entah2 dorang kutuk aku. Tak selesa la plak. Damn you armenian.

Thursday, January 29, 2009

Dajal

Minggu lepas di saat-saat akhir aku buat keputusan untuk pulang ke rumah bonda. Cuti panjang mana boleh tak balik. Dan sebagai seorang pencinta alam sekitar balik naik bas adalah satu perkara yang wajib. Baru la kurang pencemaran udara yer tak.

4 5 jam kemudian tercongok la aku kat perhentian bas Larkin. Hari hujan. Tak lebat pun, renyai-renyai jer. Malas nak naik bas malas nak naik teksi. Maka dengan satu arahan ringkas aku menurunkan perintah ke atas sorang member supaya datang menjemput aku. Sekali sekala balik memang layak aku dapat layanan khas macam ni eheh.

Lalu tanpa membuang masa, aku duduk sambil bersiul-siul sementara menunggu ketibaan pemandu aku tu. Tiba-tiba..

"Pakcik2, kalau nak pergi Taman Daya naik bas apa ya?"

Seorang budak belasan tahun sedang cuba bermesra dengan aku. Agak cun tapi sayang masih bersekolah. Aku taknak di cop sebagai lelaki kucing.

"Awak naik bas depan ni" jawab aku ringkas.

5 minit kemudian bas tadi pun bergerak. Belum pun hilang dari pandangan mata, aku nampak bas tu berhenti lalu turun la gadis belasan tahun tadi.

Haha padan muka ko. Ada ker patut baby face macam aku ni ko panggil pakcik. Dua kali pulak tu. Nasib tak sampai Kulai lagi.








Tapi sumpah sampai sekarang aku rasa bersalah.

Wednesday, January 21, 2009

Biru

Tak tau la aku sorang atau ramai lagi yang rasa bendalah ni buruk.

Tolong la jangan pakai.




gambar di rembat dari fs sape ntah..

Thursday, January 15, 2009

Putar

Dulu masa aku mula-mula masuk rumah yang aku tinggal sekarang ni aku syak sorang budak rumah aku tu bodoh piang. Pebende piang aku tak tau la haha.

Wei beb, Gunung Kinabalu kat mana?

Mak ai sengal betul mamat ni, dalam hati aku.

Tapi siapa sangka. Sabtu lepas mamat ni boleh menang Roda Impian. Ternyata sangkaan aku meleset. Mamat ni bukan bodoh piang. Cuma mungkin dia ni pelupa.

Jadinya, jangan nilai seseorang tu dengan soalan yang ditanya. Nilai la seseorang tu dengan..errr dengan sukati korang la, jangan menyesal kemudian hari sudah la.







Yea. Tali pinggang aku masuk tv.
Bluwek!!!

Tuesday, January 13, 2009

Lepak

Dua tiga hari ni badan aku penat.
Datang kerja awal pagi.
Tak buat pape sampai ke petang.
Malam baru sampai rumah.
Memang pelik badan aku penat.

Aku rasa macam ada benda hilang.
Macam mana nak cari kalau aku sendiri tak tau apa yang hilang.
Kan senang cari kalau tahu apa yang hilang.
Tahu mana nak pergi, mana perlu dituju.

Blablabla yadayadayada..





Ehh aku ni wujud ker?

Thursday, January 8, 2009

Api

Peace no war.
Biasa dengar kan.
Tapi tak tahu ker dunia ni memang ditakdirkan untuk tidak aman.

Mungkin lebih usaha baru boleh mendatangkan hasil.
Bukan duduk. Bukan merungut. Bukan air mata.
Mungkin.

Hidup kamu aman.
Tipu.











Sekian entri saya mengenai Palestin.