Monday, November 16, 2009

Sains rumahtangga

Masa tingkatan dua aku masih berada di kelas budak-budak pandai. Aku bukan la pandai pun tapi aku diselamatkan oleh beberapa budak bodoh dari diturunkan ke kelas bawah. Walaupun dah macam tu aku masih malas nak belajar, tak reti nak insaf langsung.

So nak dijadikan cerita, dalam banyak-banyak matapelajaran yang aku tak suka subjek sains la paling aku paling malas nak belajar.

Mana taknya masa dulu-dulu lepas buat eksperimen ke ape kene tulis dalam buku log kulit keras. Kalau pendek takper ni tak, panjang berjela. Belajar pun malas ni kan plak nak menulis.

Setelah beberapa bulan terselamat tibalah masa untuk Lee Lai Ping meluahkan rasa marah dan ketidakpuasan hatinya.


Dari awal tahun sampai sekarang tak pernah saya tanda buku awak. Mana pergi buku awak? Budak ini susah betul itu.

Err buku saya hilang kat rumah, cikgu.
Ada sikit menggeletar gak la masa aku jawab.

Besar sangat ker rumah awak sampai nak cari pun susah. Budak ini susah betul itu.

Dengan tanpa rasa bersalah aku menjawab.
Macam mana nak cari, rumah saya 5 tingkat bilik jer berpuluh.


Separuh kelas yang tau aku tinggal kat flet ketawa berdekah. Muka Lee Lai Ping makin merah. Aku dah rasa nak cabut dari kelas masa tu gak.

Sejak tu aku belajar sains dari tangga.

Wednesday, October 21, 2009

Hari ni

Terjumpa seposen dalam lubang jamban pagi tadi. Setahu aku, jamban tu tempat orang buang hajat bukan tempat berhajat. Ingat tu kolam ke apa.


Badan bila penat, akal mula ke lain.
Duit tu terjatuh la bengap.

Sunday, September 20, 2009

Fitrah

Amil tu dah tua. Sebelum bayar dia tanya nama aku sebab nak tulis kat resit. Banyak kali gak la aku ulang nama aku baru dia tulis.

Lepas bayar aku tengok resit, dia tulis kat situ dalam huruf jawi...
Isteri bin Abd Samad.



Meleleh air mata aku tahan gelak.



SELAMAT HARI RAYA SEMUA.

Sunday, September 6, 2009

Re-arranged

Eherm.

FUCK YOU, FUCK YOU and FUCK YOU.





Lain kali diam-diam sudah.

Wednesday, August 19, 2009

Isi tempat kosong

Di satu upacara berbual-bual dengan member petang tadi.


Aku ingat nak balik kampung la jumaat ni.

Aaa balik la.

Ada pesta membantai kat kampung aku.
Tambah dia lagi.

Pesta apa?

Ala sehari sebelum puasa dorang ada buat korban pastu bagi-bagi kat orang kampung. Tempat ko takde ker?

Ceh tempat ko je ada pesta mengarut camtu. Tempat lain orang buat pesta lain. Sehari sebelum puasa orang duduk rumah pastu berpesta dari pagi sampai ke petang.

Pesta pebende siot duduk rumah je.

Pesta mem _ _ _ _ _. Huahuahua.



Zoooop. Sikit lagi mouse nak masuk mulut aku.

Sunday, August 16, 2009

The Chronicles of Padil

Ini adalah kisah tentang Padil (bukan nama sebenar sebab nama sebenar dia aku tak tau). Dia ni adalah salah seorang penghuni banglo melati, rumah aku duduk sekarang ni la (bukan banglo pun saja je nak riak).

Dia ni suka berbual sorang-sorang dah macam orang gila (sebab takde sorang pun nak layan dia berbual). Kalau dia bercakap takde hal lain kalau tak pasal dia nampak kereta sport kat jalan, program bodoh kerajaan , psp awek dia selalu rosak dan lain-lain cerita yang langsung tak lucah.

Seperti makhluk-makhluk lain, dia ni gemarkan internet. Oleh sebab takde laptop mahupun desktop (psp pun pinjam awek, apa barang) maka pilihan yang paling best adalah mencekau laptop penghuni lain. Dan yang selalu menjadi mangsa adalah laptop Basri (bukan nama sebenar tapi aku tau nama betul dia) mungkin sebab laptop dia sentiasa parking kat atas meja (atau mungkin banyak benda tak senonoh dalam tu).

Satu malam tu, macam biasa bila dia balik je terus nak online tapi kali ni laptop Basri takde. Tanpa segan silu dia cari beg Basri terus keluarkan laptop, letak atas meja dan pandang aku dengan muka pelik.

Bro, bateri dia mana haa?

Seperti kebiasaan aku diam je. Dia bukak lagi beg Basri dan kali ni dia keluarkan cooling pad plak. Dengan yakin dan konfidennya dia cuba masukkan bendalah tu kat ruang bateri.

?????

Apa ker bengap la.







Kalau The Testicle of Padil, ok tak.

Monday, July 6, 2009

Vishnu dan matemaik

Masa tingkatan satu dulu ada sorang jer lelaki india dalam kelas aku. Nama dia Vishnu. Kacak gak la macam hero tamil. Walaupun hensem takder sorang pun kat sekolah tu yang dia minat. Dia lebih suka ponteng sekolah dan bekerja kat fun fair. Tak fun langsung sebab aku rasa sekolah tu pun dah macam fun fair. Oh yer, dia ni duduk sebelah aku tu pun kalau dia rajin datang sekolah la.

Cikgu matematik aku plak seorang amoi. Name ape ntah aku tak ingat. Dia ni macam Vishnu gak tak rajin datang sekolah. Sibuk beromen dengan boipren agaknya.

Pada satu petang yang indah sedang aku tunduk dengan mata yang terkebil-kebil menahan rasa mengantuk terdengar amoi tu menjerit.

VISHNU..U JAWAP SOALAN NO 2!!

Satu kelas ketawa terbahak-bahak.
Aku dah rasa semacam. Vishnu tak datang hari ni.






Dua tahun gak la aku boikot matematik.