Monday, June 30, 2008

....

Bullshit!!

Saturday, June 28, 2008

Akan aku ingat

Fizikal aku yang kecil, rendah tp perut sedikit boyot sering menjadi pertanyaan rakan-rakan aku. Kenapa badan kau kecik tak macam mereka-mereka yang sebaya? Lebih kurang macam ni la soalan diorang tu. Dan bila saja mereka bertanya pasti aku teringat pada cerita yang mak aku pernah ceritakan pada aku suatu ketika dahulu.


Sekitar tahun 80an, mungkin pertengahan mungkin juga hujung2.

Pagi itu sama sahaja seperti pagi-pagi yang yang lain cuma bezanya mak aku. Hari itu dapur di rumah kami serba kekurangan dari beras hingga la ke gula dan garam. Dengan hanya satu ringgit di tangannya sudah tentu tiada satu benda pun boleh dibeli untuk mengisi perut kami sekeluarga. Kalau beli beras barang lain sudah tentu tak dapat dibeli dan kalau dibeli ikan atau sayur pasti gula dan garam tak dapat dibeli juga. Erti kata lain dengan duit satu ringgit itu memang tiada bezanya dengan tiada wang. Mak aku pula sudah tentu dia tak dapat memikirkan cara untuk mengisi perut kami.

Dengan nada sayu dia bertanya pada aku "apa yang kita nak makan hari ini mak takde duit nak beli makanan....". Aku yang masih kecil dan tak tahu pape masa tu menjawab "tak per la mak, bukan mati pun kalau kita tak makan sehari" sambil aku memeluk dia. Dapat kamu bayangkan betapa sedihnya mak aku ketika itu?

Tapi Allah itu Maha Kuasa lagi Maha Pemurah, tengahari tu mak mendapat surat dari Tabung Haji (kalau tak silap aku) yang membenarkan pengeluaran simpanan dibuat. Dengan duit satu ringgit itu lah mak aku jadikan tambang untuk ke Tabung Haji, keluarkan berapa yang ada dan seterusnya mengisi perut-perut kami. Aku pasti mak menangis kesyukuran, syukur kepada tuhan.


Ayah? Jangan la tanya, dia tak pernah ada masa kami susah.




Jadinya aku memang tak kisah pasal makan, makanan, lapar ataupun kenyang kerana apa...?




Thursday, June 26, 2008

Tuesday, June 24, 2008

Ini adalah sulit

Jurnal rahsia ini akan tetap menjadi rahsia selagi aku rasa perlu.
Hanya mereka yang mendapat petunjuk dan hidayah sahaja bernasib baik menjumpai blog ini.Heh.

Sampai bile?

Monday, June 23, 2008

Haish!!

Kenapa la sejak dua menjak nie xder benda yang berpihak kepada aku ekk.
Apa yang aku hendak apa yang aku buat semuanya lari dari apa yang aku rancang.
Dari life ker love, dari hiburan hingga la ke sukan.
Pagi tadi pun sama Italy kalah di suku akhir , haduii.
Nie la kehidupan aku dalam 2 3 minggu kebelakangan nie.
Lebih sengsara dari buat aku tersenyum.

Well this is life i guess.
Nothing good coming to me.

Apa lagi???

Friday, June 20, 2008

Tarik nafas panjang-panjang

Aku impikan pertarungan di bulan.

Macam dia nie..




Aku mahu ke bulan malam ini, ade sesape mahu jadi Orga?


Kaaaarut.

Thursday, June 12, 2008

Wednesday, June 11, 2008

Euro 08

Stakat hari ini, aku belum lagi menonton perlawanan penuh euro 08. Satu-satunya match yg aku lihat secara live adalah France vs Romania, tue pun separuh masa jer. Plik nie. Padahal aku minat bola tp ntah la xder feel pun nak tgk. Pape pun aku harap Itali berjaya ke pusingan seterusnya & halau itu pasukan spain hehe..