Wednesday, December 31, 2008

Cari

Tinggal beberapa jam saja lagi. Aku rasa memang takkan ada keajaiban.



Tahun yang gagal lagi.

Wednesday, December 24, 2008

Jauh

Kebelakangan ni aku banyak buat kesilapan. Sekali lagi otak aku tidak berfungsi dengan baik.
Badan aku dah berjaya mengatasi fikiran.

Sekarang ni aku mengharapkan keajaiban berlaku. Mengharapkan sesuatu yang mustahil.

Aku ingin berdoa. Tetapi apa gunanya berdoa kalau apa yang aku inginkan sangat jauh dari capaian aku sendiri.















Loser.

Thursday, December 18, 2008

Siakap sinohong...

Kenapa aku tak tanya jer..

Arghhh..2 3 hari ni aku asyik terfikir tentang benda ni. Mungkin 2 3 bulan. Maka tersimpul la satu kesimpulan.

Sebab aku tak nak kau berbohong. Serius, suara kau tak sedap bila berbohong.
Lebih baik senyap.




Atau mungkin aku tak boleh terima kenyataan.
Babi betul la.

Sunday, December 14, 2008

Ular mati dalam mangkuk, mangkuk.

Aku ada satu teka-teki. Sila jawab dengan ikhlas.

Apa dia.
Masuk 10 keluar 9.
Masuk 8 keluar 7.
Masuk 12 keluar 11.

Thursday, December 11, 2008

Jururawat

Hari ni. Berhampiran opis aku ada satu kempen menderma darah.
Dan secara ajaibnya aku dapat idea nak update blog ni.



Dulu-dulu. Lebih kurang 4 5 tahun yang lepas aku temankan sorang member aku yang nak menderma darah.
Lalu terduduk la aku di atas kerusi sambil melihat darah mengalir dari lengan member aku.



Tiba-tiba..
Datang sorang awek duduk kat katil sebelah. Dia pandang aku dan aku pandang dia.
Sebagai lelaki yang budiman aku pun tegur dia.

Nak menderma ker?

A'ah.

Bagus-bagus. Ermm awak baring la situ.
Ni awak pasti ker nak menderma?

Yer la. Kenapa?

Takder pape.
Sekarang buka seluar awak.

Awek tu bangun sambil mengerutkan dahi.
Apsal lak nak buka seluar, encik?

Err awak nak derma dara, kan?

Lalu dengan gaya penuh marah dia keluar dari bilik tu.





Kesimpulannya. Pada hari tu aku dah membazirkan sejumlah darah yang boleh digunakan.
Jadi untuk menebus dosa silam aku akan menderma sejumlah darah sebentar lagi.
Mari.

Wednesday, December 3, 2008

Hegeh

Biasanya bila dalam keadaan kekeliruan aku akan bertanya soalan. Soalan maut err mungkin tak berapa maut tapi selalunya jawapan yang aku dapat cukup untuk menghuraikan segalanya.

Tapi.
Sekarang ni satu soalan kelihatan tak cukup. Aku macam gatal jer nak bertanya banyak soalan.

Macam menyibuk jer kan. Atau macam orang bodoh.










Lambat tapi selamat.
Huh mungkin akan menyesal.