Monday, November 16, 2009

Sains rumahtangga

Masa tingkatan dua aku masih berada di kelas budak-budak pandai. Aku bukan la pandai pun tapi aku diselamatkan oleh beberapa budak bodoh dari diturunkan ke kelas bawah. Walaupun dah macam tu aku masih malas nak belajar, tak reti nak insaf langsung.

So nak dijadikan cerita, dalam banyak-banyak matapelajaran yang aku tak suka subjek sains la paling aku paling malas nak belajar.

Mana taknya masa dulu-dulu lepas buat eksperimen ke ape kene tulis dalam buku log kulit keras. Kalau pendek takper ni tak, panjang berjela. Belajar pun malas ni kan plak nak menulis.

Setelah beberapa bulan terselamat tibalah masa untuk Lee Lai Ping meluahkan rasa marah dan ketidakpuasan hatinya.


Dari awal tahun sampai sekarang tak pernah saya tanda buku awak. Mana pergi buku awak? Budak ini susah betul itu.

Err buku saya hilang kat rumah, cikgu.
Ada sikit menggeletar gak la masa aku jawab.

Besar sangat ker rumah awak sampai nak cari pun susah. Budak ini susah betul itu.

Dengan tanpa rasa bersalah aku menjawab.
Macam mana nak cari, rumah saya 5 tingkat bilik jer berpuluh.


Separuh kelas yang tau aku tinggal kat flet ketawa berdekah. Muka Lee Lai Ping makin merah. Aku dah rasa nak cabut dari kelas masa tu gak.

Sejak tu aku belajar sains dari tangga.

3 comments:

JJay said...

salam perkenalan...
kelakarnya la citer pasal sekolah ni...saya suka baca

l.i.f.e said...

ahh..aku pun takde belajar sains rumahtangga tu. camne kamu kena pulak?

cerita dewasa said...


Keep up the good work!
Thanks for sharing.
cerita dewasa / cerita 17 tahun / cerita panas
cerita sex / cerita abg / cerita bokep / gambar bokep
abg hot / gambar hot / cerita horny / cerita hot