Wednesday, August 19, 2009

Isi tempat kosong

Di satu upacara berbual-bual dengan member petang tadi.


Aku ingat nak balik kampung la jumaat ni.

Aaa balik la.

Ada pesta membantai kat kampung aku.
Tambah dia lagi.

Pesta apa?

Ala sehari sebelum puasa dorang ada buat korban pastu bagi-bagi kat orang kampung. Tempat ko takde ker?

Ceh tempat ko je ada pesta mengarut camtu. Tempat lain orang buat pesta lain. Sehari sebelum puasa orang duduk rumah pastu berpesta dari pagi sampai ke petang.

Pesta pebende siot duduk rumah je.

Pesta mem _ _ _ _ _. Huahuahua.



Zoooop. Sikit lagi mouse nak masuk mulut aku.

Sunday, August 16, 2009

The Chronicles of Padil

Ini adalah kisah tentang Padil (bukan nama sebenar sebab nama sebenar dia aku tak tau). Dia ni adalah salah seorang penghuni banglo melati, rumah aku duduk sekarang ni la (bukan banglo pun saja je nak riak).

Dia ni suka berbual sorang-sorang dah macam orang gila (sebab takde sorang pun nak layan dia berbual). Kalau dia bercakap takde hal lain kalau tak pasal dia nampak kereta sport kat jalan, program bodoh kerajaan , psp awek dia selalu rosak dan lain-lain cerita yang langsung tak lucah.

Seperti makhluk-makhluk lain, dia ni gemarkan internet. Oleh sebab takde laptop mahupun desktop (psp pun pinjam awek, apa barang) maka pilihan yang paling best adalah mencekau laptop penghuni lain. Dan yang selalu menjadi mangsa adalah laptop Basri (bukan nama sebenar tapi aku tau nama betul dia) mungkin sebab laptop dia sentiasa parking kat atas meja (atau mungkin banyak benda tak senonoh dalam tu).

Satu malam tu, macam biasa bila dia balik je terus nak online tapi kali ni laptop Basri takde. Tanpa segan silu dia cari beg Basri terus keluarkan laptop, letak atas meja dan pandang aku dengan muka pelik.

Bro, bateri dia mana haa?

Seperti kebiasaan aku diam je. Dia bukak lagi beg Basri dan kali ni dia keluarkan cooling pad plak. Dengan yakin dan konfidennya dia cuba masukkan bendalah tu kat ruang bateri.

?????

Apa ker bengap la.







Kalau The Testicle of Padil, ok tak.