Friday, August 12, 2011

Puasakah Anda?

Bulan Ramadhan sememangnya bulan yang menguji keimanan, kesabaran, kewarasan jiwa dan berbagai lagi ke. Kisah berikut disampaikan supaya yang buruk dijadikan teladan dan yang baik dijadikan teladan gak.

Sedang aku mengelamun memandang jam yang belum pun masuk 12 tengahari tiba-tiba Sopi, pemandu baru pejabat aku ni menjerit. Woi, lu tak payah buat-buat muka letih. Jom ikut gua. Tanpa banyak karenah birokrasi aku bangun lalu jalan beriringan tanpa memegang tangan. Ke mana? tanya aku. Pandi dah tunggu kat bawah. Kita pergi main snooker jap hilangkan ngantuk. Jawab Sopi dengan tenang. Heh hilangkan ngantuk konon. Siap ko jap lagi aku bagi tazkirah.

Sesampai ke pusat snooker, dengan pantas lagi tangkas Sopi dan Pandi menyalakan sebatang rokok. Gua bukan apa bai, lapar gua boleh tahan tapi rokok gua surrender. Sopi bersuara setelah perasan aku bagi jelingan maut. Pandi hanya mampu tersenyum sambil mengangkat kening. Pung pang pung pang Sopi membebel. Cet, aku yang kena tazkirah. Tazkirah sesat plak tu. Dengan semangat kesukanan yang kuat kami meneruskan perancangan awal bermain snooker. Sambil bermain aku tengok dorang ni tak habis-habis hisap rokok. Hilang gak la setengah kotak tu. Dah macam naga.

Habis frame ke 4 aku ajak dorang balik ke pejabat. Aku ingat boleh segar, makin letih ada la.

Tiba di lobi pejabat kami terserempak dengan bos. Apa punya malang da. Korang puasa ke tak ni? Segar semacam jer saya tengok, tegur bos. Mestilah puasa bos. Orang yang berpuasa tak semestinya muka kena letih bos. Kelentong Pandi dengan selamba. Pandi ni sebelum keluar kereta tadi dah siap-siap sembur minyak wangi nak hilangkan bau rokok. Patut la yakin jer bukak mulut. Tapi saya rasa Sopi tak puasa arini. tambah bos lagi. Ni bulan puasa ni bos, tak baik fitnah. Sia-sia jer bos puasa arini. Sopi cuba membela diri. Bos pandang ke arah aku, cepat-cepat aku alihkan mata mengadap pintu lif yang belum terbuka. Bos bersuara lagi, dahtu Sopi apa gula getah tu buat kat dalam mulut awak?

Bangang. Bangang. Bangang.



1 comment:

dvyina said...

memang boleh tahan la bangang dia tu.