Wednesday, April 29, 2009

High

Dua tiga minggu ni aku berada di awang-awangan.




Ngehehehe..

Wednesday, April 15, 2009

Miyau

Awek ni kelakar. Rasa macam nak berkenalan jer dengan dia. Tapi aku ni malu-malu kucing ehehe.

Camner haa?

Saturday, April 4, 2009

Sengal

Aku ke Tan Chong pagi tadi. Sampai2 jer aku di sambut dengan mesra.


Pum pam pum pang...

Blablabla..blablabla...

Pum pam pum pang...


Ada la lebih setengah jam.
" So, amacam..ok?"






Err encik, saya datang ni nak amik kereta member yang hantar servis kelmarin.
Muka lelaki tu berubah. Aku dapat rasakan dia tengah mencarut dalam bahasa asing dalam hati.

Friday, April 3, 2009

Biasa

Selalunya aku yang nak sangat mati.

Tapi harini aku nak semua orang mati.







CELAKA

Monday, March 30, 2009

Cerita bas

Ahad lepas. Semalam la kan. Sepanjang perjalanan dari JB ke KL aku duduk sebelah awek. Boleh tahan cun gak la siap bawak bekal beb. Satu set Mc d. Berbanding dengan aku, aku hanya ada sebotol air mineral, sebiji kopiko dan sebiji hacks. Memang aku rasa sangat hina lagi rendah diri. Sah la aku takkan bercakap dengan dia.

Tapi biasa la kan kalau dah aku ni cute lagi baby face mana ada orang boleh tahan. Belum pun sampai sejam perjalanan, awek tu cuba memulakan perbualan.

Bau awak sedap la..pakai apa?
sambil mengunyah.

Malaikat subuh.
selamba aku jawab.

Dia tutup mulut konon-konon ketawa kecil la tu.
Sebab dia dah puji aku, aku pun kena la puji balik. Budi bahasa kan.

Aku bukak mulut tanpa pikir panjang aku cakap.
Awak.......bau kentang.

Dia mencebih mulut terus pandang luar. Aku pasang muzik dan berpura-pura tidur sampai KL.






Sikit pun tak hulur. Ada hati nak berbual.
Wattta!!!

Monday, March 23, 2009

Masa

Agaknya kalau kita berlari boleh kita jumpa apa yang dicari.




Nenek aku datang lagi.
Dia cakap lorong yang aku lalui salah. Jalan lurus tapi gelap.

Kau patut lalu jalan satu lagi sambil menunjuk jalan yang bengkang bengkok tapi cerah.




Perlahan-lahan.

Tuesday, March 10, 2009

Layang

8 biji panadol

Sebotol ubat batuk

Entah berapa dos strepsil

Beberapa email tak senonoh

Tiga empat minit 3gp bodoh..


Agak-agak boleh baik demam tak malam ni jugak?

p/s: mungkin 10 biji kot.