Thursday, October 16, 2008

I Hate You

Aku.

Aku lahir dalam keluarga yang sempurna. Takder la sempurna mana cuma aku ada seorang kakak, seorang abang, seorang adik perempuan dan lelaki. Dan sudah tentu seorang ibu dan seorang bapa.

Enam tahun lalu. Sesuatu telah berlaku pada diri aku. Sesuatu yang memedihkan lagi menyakitkan. Benda ni telah membuatkan aku mengambil keputusan yang agak drastik lagi menyusahkan diri sendiri. Aku mengambil keputusan untuk berhenti segala-galanya. Berhenti menjadi rajin, berhenti menjadi orang berguna, berhenti berfikir dan berhenti untuk ambil peduli. Aku mahu jadi pemalas yang tiada masa depan. Mahu jadi orang yang tidak penting. Mahu menjadi orang yang tiada kesan pada sesiapa. Halimunan.

Mungkin satu hari nanti abang aku mati, sebagai contoh sahaja. Masa itu sudah tentu semua orang akan bersedih. Tapi aku akan menjadi orang yang paling sedih sebab aku hanya ada seorang abang. Abang aku mati, kakak aku masih ada dua orang adik lelaki yang lain. Adik-adik aku masih ada aku untuk menjadi abang. Ibu aku masih ada dua lagi anak lelaki.

Tapi aku? Aku hanya ada seorang. Seorang bagi setiap mereka-mereka. Aku tak sanggup melihat salah seorang dari mereka tiada.
Jadinya, setiap malam sebelum tidur sejak enam tahun lalu aku berdoa kepada tuhan biarlah aku yang pertama pergi.

Tak ramai akan perasan bila orang tak penting tiada, kan?





Entah bila doa aku akan termakbul.

12 comments:

Ojie said...

beb, whats wrong with u? wanna share?

ijan said...

geng... ko kenape. kiteorg member2 kn ramai kat sini...

alif-mikail said...

sesekali terfikir memang begitu..
kehidupan di barzarkh tak seperti di sini..

yang hidup tetap hidup untuk menunggu kematian..

itu hakikat!

Denanz ... said...

ahh ... syhdu la pulak n3 ni.

Nad.is.me. said...

Lahh. Knapa emo ni.

Meh hug meh. =p

biskutrajin said...

aku same cm sultan...share la

Ami said...

Tak ramai perasan, tapi ada gak yang perasan sampai sedih nak mati kan? Consider balik teori itu wahai kenalan virtualku.

Brader Black said...

Dude,
doa ko mcm palat!


Tu namanya doa org pentingkan diri sendiri, tau?

Wardrobe kita said...

Apasal ko ni..dari ko dok doa mcm tu baik ko doa biar tuhan bagi ko murah rezeki ke..6 tahun tu kalo ko doa dmurahkan rezeki tiap2 hari mungkin ko da jadik millionaire kot skang ni..

l.i.f.e said...

hoh! ni doa jenis apa ni? isks....fikir banyak2 dulu ok...masalah ada dimana2...jadilah orang yg tabah & kuat hatinya...jangan bukan2 ok

Wardrobe kita said...

Adakah anda masih wujud di dunia yg fana ini? ting tongg...wake up man! wake up..!

sandfield2000 said...

pasal bro... citer ler sikit...