Thursday, October 16, 2008

I Hate You

Aku.

Aku lahir dalam keluarga yang sempurna. Takder la sempurna mana cuma aku ada seorang kakak, seorang abang, seorang adik perempuan dan lelaki. Dan sudah tentu seorang ibu dan seorang bapa.

Enam tahun lalu. Sesuatu telah berlaku pada diri aku. Sesuatu yang memedihkan lagi menyakitkan. Benda ni telah membuatkan aku mengambil keputusan yang agak drastik lagi menyusahkan diri sendiri. Aku mengambil keputusan untuk berhenti segala-galanya. Berhenti menjadi rajin, berhenti menjadi orang berguna, berhenti berfikir dan berhenti untuk ambil peduli. Aku mahu jadi pemalas yang tiada masa depan. Mahu jadi orang yang tidak penting. Mahu menjadi orang yang tiada kesan pada sesiapa. Halimunan.

Mungkin satu hari nanti abang aku mati, sebagai contoh sahaja. Masa itu sudah tentu semua orang akan bersedih. Tapi aku akan menjadi orang yang paling sedih sebab aku hanya ada seorang abang. Abang aku mati, kakak aku masih ada dua orang adik lelaki yang lain. Adik-adik aku masih ada aku untuk menjadi abang. Ibu aku masih ada dua lagi anak lelaki.

Tapi aku? Aku hanya ada seorang. Seorang bagi setiap mereka-mereka. Aku tak sanggup melihat salah seorang dari mereka tiada.
Jadinya, setiap malam sebelum tidur sejak enam tahun lalu aku berdoa kepada tuhan biarlah aku yang pertama pergi.

Tak ramai akan perasan bila orang tak penting tiada, kan?





Entah bila doa aku akan termakbul.

Saturday, October 11, 2008

Pesong

There is a question that you should never ask.

And there is an answer you just simply not want to know.

But

Curiosity is killing me.













Less care, bro.

Less care.

Thursday, October 9, 2008

Walaikumsalam

Setelah sekian lama aku menunggu menanti mewaiting dengan penuh kesabaran. Akhirnya hari ni, 9hb Oktober 2008 penantian itu telah berakhir. Dan dengan rasa bangga serta takburnya aku mengumumkan aku dapat duit raya.

Heh terasa aku ni muda remaja la plak.

Agak-agak apa patut aku buat dengan duit tu.

1. Membuka bisnes kecil-kecilan lantas menjadi bisnes besar-besaran satu hari nanti. Langsung menjadi jutawan muda dalam sekelip mata.

2. Simpan jadi kenang-kenangan sehingga 40 tahun akan datang lalu menjual semula bila mana nilai duit tu melambung tinggi sehingga mencecah berbillion-billion dollar.

3. Melabur kat Dana Future, AB Fund dan sebagainya hehe..





Hingus aku meleleh tak berhenti-henti sebab rasa terharu yang amat sangat.

Tuesday, October 7, 2008

Sepuluh hari

Cukup gembira bila mereka gembira.