Monday, July 14, 2008

Sunday the 13th

Semalam lepas makan tengahari aku duduk lepak-lepak sambil baca suratkhabar. Metro Ahad. Aku baru baca satu mukasurat aku dah mula mencarut. Aku selak helaian yang lain aku mencarut lagi. Baca setengah muka lepas tu dah kena selak 2 3 helaian lain. Macam bangsat. Banyak gila iklan. Dah macam bukan baca suratkhabar tapi macam baca iklan yang ada berita.
Bongok punya editor Metro Ahad.

Malam. Aku tengok cerita Ghazal untuk Rabiah. Yang ini pun sama macam lahanat. Apa hal gangster besar tapi ada 2 orang konco jer. Dah la tu, ada perempuan simpanan tapi tak pernah beromen. Kepala hotak dia la memalukan gangster-gangster kat luar sana jer. Yang paling aku tak paham walaupun cerita tu macam lahanat aku tetap layan dari awal sampai habis. Shit.

Selang setengah jam selepas tu. Perut aku berbunyi. Tiba-tiba rasa lapar macam tengah berpuasa. Aku keluar pergi kedai, sebab dah hampir tengah malam aku ambil keputusan untuk tapau jer lagi pun awek-awek tak ramai time macam ni. 5 minit nasi goreng kampung aku siap. Peh pantas. Sampai rumah tanpa membuang masa aku mengadap nasi tu. Suapan pertama masuk ke dalam mulut. Ptuih. Ntah apa punya rasa, langsung takda rasa kampung. Tawar, ikan bilis kurang, sikit pun tak pedas patut la cepat siap. Aku makan separuh sebelum aku campak nasi tu ke dalam tong sampah untuk jadi makanan hamster-hamster yang banyak berkeliaran kat rumah aku.

Damn.Damn.Damn.





Aku rasa

Semalam bukan di cipta untuk aku.

8 comments:

ijan said...

sabo brother... sabo...

kemarahan tu hanya spt api yg akan membakor dunia sekeliling mu...

keh keh keh...

Ojie said...

hari nih dlm sejarah aku baca blog orang yg rata2 xpuas hati dan sedang melempiaskan amarah masing2..
dan aku pn termasuk dlm golongan yg tengah xpuas hati sbb air xde kt skola aku nih..
kalo mcm tu, hari nih bukan dicipta utk aku..

zubeid said...

kesimpulannya, ko kena la ciptakn hari ko sendri..kdg2 tuh susah yg jd kenyataan..uhuk

182 said...

sultan:
disebabkan aku sabar la aku masih hidup lagi hari nie ko tau..
semalam hari yang suwey..
hahaha..

ojie:
biasa la kan hari ni isnin semua orang xde mood..sabar jer la yer : )

zubeid:
kalau semalam sehari suntuk aku tidur mesti okay kan..eheh

♥~ir@~♥ said...

semoga hari ini menjadi hari engko,,hehehe

182 said...

harap-harap camtu la..: )

e-lala said...

tapi smalam dah tercipta tok ko...
mungkin esok pon tok ku...
kalo x tercipta arini.. no hal la kan~! hihi...

182 said...

e-lala:
kalau dah ditakdirkan macam tu nak tak nak terima jer la, yer tak?