Sunday, November 16, 2008

Selamat Pagi

Dengan selambanya aku telah di tag oleh Otak Belacan dan untuk pertama kalinya dalam blog ni aku menjawab tag. Kalau korang rajin baca lah tapi aku dengan sedaya upayanya akan membuatkan korang rasa malas nak baca entry kali ini.

Soalannya

1. Name :
2. Sisters :
3. Brothers :
4. Shoe size :
5. Height :
6. Where do you live :
7. Have you ever been on a plane :
8. Swam in the ocean :
9. Fallen asleep at school :
10. Broken someone’s heart :
11. Fell off your chair :
12. Sat by the phone all night waiting for someone to call :
13. Saved e-mails :
14. What is your room like :
15. What’s right beside you:
16. What is the last thing you ate :
17. Chicken pox :
18. Sore throat :
19. Stitches :
20.Broken nose :
21. Do you Believe in love at first sight :
22. Like picnics :
23. The last person you danced with :
24. Last made you smile :
25. You last yelled at :
26. Today did you…to someone you like :
27. Kissed anyone :
28. Get sick :
29. Talk to an ex :
30. Miss someone :
31. Who do you really hate:
32. Do you like your hand-writing :
33. Are your toe nails painted :
34. Whose bed other than yours would you rather sleep in :
35. What color shirt are you wearing now :
36. Are you a friendly person :
37. Do you have any pets :
38. Do you sleep with the TV on :
39. What are you doing right now :
40. Can you handle the truth :
41. Are you closer to your mother or father :
42. Do you eat healthy :
43. Do you still have pictures of you & your ex :
44. If you’re having a bad day, who are you most likely to go to:
45. Are you loud or quiet most of the time :
46. Are you confident :
47. 5 things I was doing 10 years ago:
48. 5 things I would do if i were a billionaire:
49. 5 of my bad habits:
50. 5 places I’ve lived/living:
51. 5 things I feel grateful:
52. 5 people I would like to tag…

Dan inilah dia

1. Err nak tau ker. Tak payah la yer.
2. Satu atas. Satu bawah.
3. Satu atas. Satu bawah.
4. Saiz tujuh kot.
5. Tak ingat tapi tak tinggi dan takder la rendah sangat.
6. Kuala Lumpor. Ingat nak cari kerja kat tempat lain la. Gila tak best tinggal kat kl ni.
7. Pertama kali naik plane pada bulan puasa lepas. Jakun beb masa tu.
8. Huk alah mesti la pernah. Masa kecik2 dulu selalu mandi kat Pantai Lido tapi kalau sekarang ada orang mandi situ mesti dah hilang akal.
9. Jangan jadi budak sekolah la kalau tak pernah tidur kat sekolah.
10. Errr mak aku kot.
11. Tak pernah tapi masa sekolah rendah dulu pernah mengkarate kerusi sampai patah dua. Apa ntah aku pikir masa tu.
12. Malam tadi. Pukul 12 lebih baru call ajak lepak. Ceh, janji melayu betul.
13. Kebanyakannya aku simpan email yang di forward.
14. Ada tilam, ada bantal, ada gobok dan ada rak. Tak berapa kemas tapi sudah tentu tak berselerak.
15. Ada sekotak air soya, sekotak rokok dan sekotak remote control hehe..
16. Nasi lemak campur sikit bihun dengan dua suku telur rebus pada harga satu ringgit. Apa punya baik la akak tu arini. Err sah kentut aku hari ni bau telur haha..
17. 3 4 tahun lepas. Lima hari jer dengan mc 3 hari. Antibodi aku kuat.
18. Entah tak ingat la plak.
19. Bawah perut. Masa kecik2 dulu aku pernah di bedah atas sebab yang aku sendiri kurang pasti.
20. Tak pernah.
21. Mesti la percaya. Hari2 aku jatuh cinta pandang pertama haha. Hari ni dengan orang lain esok lak dengan orang lain. Peh.
22. Tak suka piknik. Tak mendatangkan faedah langsung. Dan tak suka apa2 acara yang memenatkan badan.
23. Tiga minggu lepas tapi tak ingat nama dia.
24. Tadi masa beli nasi lemak pada harga seringgit. Bukan setakat senyum siap ketawa dalam hati tu.
25. Perempuan bingai yang menyusahkan aku jumaat lepas. Dalam hati gak hehe tak sampai hati nak menjerit kat perempuan. Auww.
26. Takder buat apa2 sebab takder sape2.
27. Errrk.
28. Dengan bau ikan. Boleh termuntah tau tak.
29. Tak cakap cuma sms jer.
30. Tak pun tapi harap2 ada la orang rindu kat aku.
31. Diri sendiri.
32. Entah la tapi dah beberapa orang cakap tulisan aku cantik. Kembang lubang hidung aku jap.
33. Gila ker apa aku kan lelaki tulen.
34. Apa punya soalan la ni. Erm katil mambang2 kot ngehehe.
35. Purple gelap yang akak aku bagi. Banyak2 barang kat dunia ni baju gak yang dia suka bagi aku, ape daa.
36. Nope. Lebih2 lagi dengan perempuan.
37. Dulu banyak hamster berkeliaran kat rumah aku malam2 tapi sekarang mana ntah dorang pergi. Merajuk kot.
38. Bilik aku takder tv so jawapannya tidak. Saya pasti betul dan saya kunci jawapan ini.
39. Sekarang? Biar betul. Apa punya soalan daa.
40. The truth is out there. haha.
41. Sudah tentu mak aku.
42. Aku bantai pape jer janji sedap.
43. Gambar diri sendiri pun aku tak simpan lagi nak simpan gambar orang lain.
44. Biasanya aku pergi kat kawan yang bernama Marlboro.
45. Aku tak suka bising2.
46. I got no self esteem.
47. Masuk sekolah asrama. Tak belajar. Tak reti duduk rumah. Aktif merokok. Tidur waktu prep.
48. Beli sebuah pulau dan duduk sana sampai mati. Itu jer.
49. Baik. Pemurah. Rajin. Menepati masa. Suka menolong. Owh buruk benor perangai aku ni. Aku patut berubah.
50. Tampoi, Tampoi, Segamat, Tampoi dan sekarang KL. Aku bukan orang gila yer walaupun dekat tapi bumbung hospital tu pun aku tak pernah tengok.
51. Ohh takder satu pun.
52. Aku nak tag sesiapa jer yang takder idea nak update blog. Buat jangan tak buat.


Memang ajaib la kalau ada orang baca penuh entry aku kali ni. Aku memang sengaja asingkan soalan dengan jawapan dengan harapan korang cepat rasa bosan hehe.

Tahniah kepada yang berjaya.

12 comments:

Nad.is.me. said...

Sangat matreps okay sesiang dah kasi aku fed up. Kalau mouse aku perangai pasni, aku tau dgn sapa aku harus mintak claim.

Betul dah takda mood dah nak blog hop lagi! Tak baiiikkkk betul lah kau ni tau buat tag macam ni.

Naik kejong urat leher aku.

Lenkali ade tag bila aku tag kau, kau buat gini lagi, siap hang nah. =p

Jemput makan! =)

ijan said...

tibe2 plak aku ada idea nk update blog. arini gak aku update...

ajaib... ajaib...

182 said...

otak belacan:
laa apsal ko pakai mouse nape tak pakai pg up pg dn jer, kan lagi senang..hehe..
jemput makan :)

sultan:
kalau arini gak ko update maknenya memang betul la selama ni ko makan gaji buta jer..
ish5..

Umi::Aisya::Abah said...

hoh! pagi2 aku dah hangin dgn bdk ni!

182 said...

hehe..pape pun selamat pagi..

Wardrobe kita said...

haiihhh..mmg membuatkan aku jadi malas nk baca..nti lah.

Brader Black said...

Strategi ko mmg best. Aku baca skip2.

ha ha.

182 said...

qaseh:
ehh ko tak yah baca terus jer la..

kachak:
mesti ko rasa kemalasan yang membara kan..hehe..

l.i.f.e said...

hahaha..sengal! hapah langsung aku tak baca. nyusahkan je! :))

Anonymous said...

saya berjaya.



yahuu.

182 said...

l.i.f.e:
peace..ngehehe..

.vvy|na.:
ces..
tak cukup panjang rupanya entry tu..

Al Hadi said...

saiko aku nak baca entri ni!