Thursday, July 31, 2008

Pusing-pusing

Hari ni dalam ofis aku ramai gadis-gadis pakai baju warna hijau. Apsal entah, macam berpakat aku tengok.
Tak tau ker aku suka warna hijau.
Diorang ni macam saja je nak bagi aku senyum.
Karang kalau aku kenyit-kenyit mata cakap aku dah tak betul.
Entah pape.

....................

Let down


Fed up

Give up



Oh, thank you.

Sunday, July 27, 2008

Macam tak percaya

Hari ini genap satu tahun aku bekerja di Kuala Lumpur.

Berikut adalah beberapa fakta tentang aku yang telah di luluskan Majlis Fakta Negara.

1. Dah 5 kali berpindah randah. Macam nomad.

2. Pergi kerja menaiki pengangkutan awam. Tak seksi sungguh.

3. Hampir setiap hari balik kerja lewat. Rajin.

4. Tak pernah claim OT walaupun kadang-kadang hari sabtu pun aku kerja. Gila bagus.

5. Tak pernah lagi MC tapi ada sekali ponteng kerja. Sihatnya tubuh badan aku ni yer.

6. KLCC!! apa tu?

7. Sumpah aku tak berapa tahu jalan kat KL ni.

8. Tak pernah buat maksiat. Ceh macam la dulu aku pernah.

9. Belum pernah main kenyit-kenyit mata apatah lagi mengurat mana-mana awek. Damn betul aku ni.

10. Ini juga bermaksud aku tak pernah berdating kat KL ni. Arghh.

Apa lagi yer?

Tiba-tiba aku rasa aku hidup ni membosankan.

Thursday, July 24, 2008

Semua lelaki sama

Situasi satu.

U ikut I balik rumah. Tidur dengan I. I nak di belai, di manja.
I love you.

Situasi dua.

Sorry tak angkat your call. I tak perasan tadi.
Yang sebenarnya sedang menghantar rakan seofis pulang ke rumah.

Situasi tiga.

Hye, u tengah buat apa tu?
5 minit lepas tu. Hey, u dah makan ker belum. Jangan lupa makan tau.
Setengah jam kemudian call lagi. U sibuk ker? jangan la rajin sangat yang.

Kesimpulan.

Situasi satu : Lelaki macam ni jujur orangnya errr tapi..
Situasi dua : Lelaki ni menipu tapi sebenarnya baik hati. Bukan penipu tapi menipu, beza tau.
Situasi tiga : Lelaki begini penyayang, prihatin tapi kadang-kadang menyakitkan hati.


Yang mana kamu pilih?
Mana mungkin perangai setiap lelaki sama.
Kan.

It could take you sometime to find someone, right?

Kerana hidup tidak seindah drama.




Aku tengah layan cerita sekarang. Best woo.
Maksud aku bukan sekarang yer. Sekarang aku kat ofis.

Tuesday, July 22, 2008

E intelligente, ma pigro.

Apa yang kamu hendak.
Apa yang aku mahu.
Tak semestinya sama.

Cakap ini dengan bos, pegawai, orang atasan, pensyarah, cikgu, ibu, ayah, abang, kakak, kekasih, teman tapi mesra, kawan rapat atau sesiapa sahaja.

Aku tersangat malas hari ini.
Tapi aku kena rajin, banyak kerja ni.
Ehh tapi aku malas.
Aku nak rajin tapi malas.
Malas dan rajin.
Rajin atau malas.

Apa ni?

Thursday, July 17, 2008

Escape



Kira-kira 3 4 tahun dulu.
Aku hampir-hampir melarikan diri. Ke sebuah pulau.
Settle down kat sana. Lupakan daratan. Tinggalkan semua.
Masa tu aku memang dah nekad.
Tapi entah kenapa tak jadi, aku pun tak berapa ingat.

Sekarang ni ada juga rasa nak buat camtu cuma perasaan tu kurang sikit.
So, sebagai penyelesaian aku ingat nak ambil cuti panjang lepas tu lepak kat pulau.
Rehatkan badan tenangkan kepala otak.
Pulau Tioman ker Pulau Pangkor ker kan. Tak pun Pulau Babi Besar.

Bila?
Entah la.

Aku memang nak ke pulau.

Wednesday, July 16, 2008

Sosej bangun tidur

Menaiki LRT pada awal pagi untuk pergi kerja boleh membahayakan kesihatan seorang lelaki.

Percayalah.

Sumpah kami bukannya sengaja. Ini fitrah alam.

Owh, apalah nasib lelaki-lelaki yang menaiki komuter tu yer? Poor them.

Monday, July 14, 2008

Sunday the 13th

Semalam lepas makan tengahari aku duduk lepak-lepak sambil baca suratkhabar. Metro Ahad. Aku baru baca satu mukasurat aku dah mula mencarut. Aku selak helaian yang lain aku mencarut lagi. Baca setengah muka lepas tu dah kena selak 2 3 helaian lain. Macam bangsat. Banyak gila iklan. Dah macam bukan baca suratkhabar tapi macam baca iklan yang ada berita.
Bongok punya editor Metro Ahad.

Malam. Aku tengok cerita Ghazal untuk Rabiah. Yang ini pun sama macam lahanat. Apa hal gangster besar tapi ada 2 orang konco jer. Dah la tu, ada perempuan simpanan tapi tak pernah beromen. Kepala hotak dia la memalukan gangster-gangster kat luar sana jer. Yang paling aku tak paham walaupun cerita tu macam lahanat aku tetap layan dari awal sampai habis. Shit.

Selang setengah jam selepas tu. Perut aku berbunyi. Tiba-tiba rasa lapar macam tengah berpuasa. Aku keluar pergi kedai, sebab dah hampir tengah malam aku ambil keputusan untuk tapau jer lagi pun awek-awek tak ramai time macam ni. 5 minit nasi goreng kampung aku siap. Peh pantas. Sampai rumah tanpa membuang masa aku mengadap nasi tu. Suapan pertama masuk ke dalam mulut. Ptuih. Ntah apa punya rasa, langsung takda rasa kampung. Tawar, ikan bilis kurang, sikit pun tak pedas patut la cepat siap. Aku makan separuh sebelum aku campak nasi tu ke dalam tong sampah untuk jadi makanan hamster-hamster yang banyak berkeliaran kat rumah aku.

Damn.Damn.Damn.





Aku rasa

Semalam bukan di cipta untuk aku.

Thursday, July 10, 2008

Persoalan.

Babi. Haram kan?



Yup.

Haram untuk di sentuh, di pegang apa lagi di makan dagingnya.



Kari. Tak haram kan?



Memang~lah. Kan sedap. Ada sesiapa ker yang bagitau kari tu haram?

Dahi aku secara automatik mengerut kepada dua garisan halus.



Ada.

Daging babi masak kari.



Babi kau.



..............................................................................................................................


Tetapi.


Anak haram tidak haram di sentuh, di pegang dan di belai. Malah boleh dikahwini.


Mereka bukan najis.


Jangan kau salahkan kepala yang keluar dari situ. Salahkan kepala yang masuk ke dalam tu. Okay.









Dunia.

Monday, July 7, 2008

Dalam keadaan sekarang nie

" Society's never gonna make any progress unless people learn to pretend to like each other"