Sunday, November 30, 2008

Gila (?)

Saya akan tunggu hingga pasti ia hanya khayalan.



Seminggu dua ni saya agak sibuk dengan kerja. Sibuk dengan orang lain. Sibuk dengan hal sendiri. Sibuk dengan segala benda. Saya tidak sepatutnya sibuk.

Sibuk menjadikan saya kosong. Kosong di dalam. Kosong di kepala. Kosong di hati. Kosong.

Kosong membuatkan saya hilang. Hilang segala rasa. Hilang segalanya.



Saya akan tunggu hingga pasti kamu hanya khayalan.





Owh. Saya tak akan buat entri sebegini lagi.

Damn.

Thursday, November 20, 2008

50 sen

Semalam. Akibat hujan lebat aku dan sorang lagi member terperangkap kat kedai makan. Berjam-jam gak la duduk kat sana nak tunggu hujan berhenti.

Tengok tv dah, usha awek dah, makan dah, air pun siap bertambah, berborak sampai dah takder benda nak bual pun dah, mencarut tanpa sebab pun dah.
Bosan gila.
Last2 aku ambil satu suratkhabar. Baca ruangan sms dalam tu. Aku tergelak.

Oi kau baca paper ker ko baca Apo?
Tegur member aku.

Hehe cuba ko baca ni.

" Drama Puaka Niyang Rapik banyak watak hantu ada yang muka macam Ultraman, ada yang gigi macam garpu ada yang macam orang utan dari Bang Bang Boom peliknya mana ada hantu siang hari. " sms dari ABC.







Mumbazir.

Sunday, November 16, 2008

Selamat Pagi

Dengan selambanya aku telah di tag oleh Otak Belacan dan untuk pertama kalinya dalam blog ni aku menjawab tag. Kalau korang rajin baca lah tapi aku dengan sedaya upayanya akan membuatkan korang rasa malas nak baca entry kali ini.

Soalannya

1. Name :
2. Sisters :
3. Brothers :
4. Shoe size :
5. Height :
6. Where do you live :
7. Have you ever been on a plane :
8. Swam in the ocean :
9. Fallen asleep at school :
10. Broken someone’s heart :
11. Fell off your chair :
12. Sat by the phone all night waiting for someone to call :
13. Saved e-mails :
14. What is your room like :
15. What’s right beside you:
16. What is the last thing you ate :
17. Chicken pox :
18. Sore throat :
19. Stitches :
20.Broken nose :
21. Do you Believe in love at first sight :
22. Like picnics :
23. The last person you danced with :
24. Last made you smile :
25. You last yelled at :
26. Today did you…to someone you like :
27. Kissed anyone :
28. Get sick :
29. Talk to an ex :
30. Miss someone :
31. Who do you really hate:
32. Do you like your hand-writing :
33. Are your toe nails painted :
34. Whose bed other than yours would you rather sleep in :
35. What color shirt are you wearing now :
36. Are you a friendly person :
37. Do you have any pets :
38. Do you sleep with the TV on :
39. What are you doing right now :
40. Can you handle the truth :
41. Are you closer to your mother or father :
42. Do you eat healthy :
43. Do you still have pictures of you & your ex :
44. If you’re having a bad day, who are you most likely to go to:
45. Are you loud or quiet most of the time :
46. Are you confident :
47. 5 things I was doing 10 years ago:
48. 5 things I would do if i were a billionaire:
49. 5 of my bad habits:
50. 5 places I’ve lived/living:
51. 5 things I feel grateful:
52. 5 people I would like to tag…

Dan inilah dia

1. Err nak tau ker. Tak payah la yer.
2. Satu atas. Satu bawah.
3. Satu atas. Satu bawah.
4. Saiz tujuh kot.
5. Tak ingat tapi tak tinggi dan takder la rendah sangat.
6. Kuala Lumpor. Ingat nak cari kerja kat tempat lain la. Gila tak best tinggal kat kl ni.
7. Pertama kali naik plane pada bulan puasa lepas. Jakun beb masa tu.
8. Huk alah mesti la pernah. Masa kecik2 dulu selalu mandi kat Pantai Lido tapi kalau sekarang ada orang mandi situ mesti dah hilang akal.
9. Jangan jadi budak sekolah la kalau tak pernah tidur kat sekolah.
10. Errr mak aku kot.
11. Tak pernah tapi masa sekolah rendah dulu pernah mengkarate kerusi sampai patah dua. Apa ntah aku pikir masa tu.
12. Malam tadi. Pukul 12 lebih baru call ajak lepak. Ceh, janji melayu betul.
13. Kebanyakannya aku simpan email yang di forward.
14. Ada tilam, ada bantal, ada gobok dan ada rak. Tak berapa kemas tapi sudah tentu tak berselerak.
15. Ada sekotak air soya, sekotak rokok dan sekotak remote control hehe..
16. Nasi lemak campur sikit bihun dengan dua suku telur rebus pada harga satu ringgit. Apa punya baik la akak tu arini. Err sah kentut aku hari ni bau telur haha..
17. 3 4 tahun lepas. Lima hari jer dengan mc 3 hari. Antibodi aku kuat.
18. Entah tak ingat la plak.
19. Bawah perut. Masa kecik2 dulu aku pernah di bedah atas sebab yang aku sendiri kurang pasti.
20. Tak pernah.
21. Mesti la percaya. Hari2 aku jatuh cinta pandang pertama haha. Hari ni dengan orang lain esok lak dengan orang lain. Peh.
22. Tak suka piknik. Tak mendatangkan faedah langsung. Dan tak suka apa2 acara yang memenatkan badan.
23. Tiga minggu lepas tapi tak ingat nama dia.
24. Tadi masa beli nasi lemak pada harga seringgit. Bukan setakat senyum siap ketawa dalam hati tu.
25. Perempuan bingai yang menyusahkan aku jumaat lepas. Dalam hati gak hehe tak sampai hati nak menjerit kat perempuan. Auww.
26. Takder buat apa2 sebab takder sape2.
27. Errrk.
28. Dengan bau ikan. Boleh termuntah tau tak.
29. Tak cakap cuma sms jer.
30. Tak pun tapi harap2 ada la orang rindu kat aku.
31. Diri sendiri.
32. Entah la tapi dah beberapa orang cakap tulisan aku cantik. Kembang lubang hidung aku jap.
33. Gila ker apa aku kan lelaki tulen.
34. Apa punya soalan la ni. Erm katil mambang2 kot ngehehe.
35. Purple gelap yang akak aku bagi. Banyak2 barang kat dunia ni baju gak yang dia suka bagi aku, ape daa.
36. Nope. Lebih2 lagi dengan perempuan.
37. Dulu banyak hamster berkeliaran kat rumah aku malam2 tapi sekarang mana ntah dorang pergi. Merajuk kot.
38. Bilik aku takder tv so jawapannya tidak. Saya pasti betul dan saya kunci jawapan ini.
39. Sekarang? Biar betul. Apa punya soalan daa.
40. The truth is out there. haha.
41. Sudah tentu mak aku.
42. Aku bantai pape jer janji sedap.
43. Gambar diri sendiri pun aku tak simpan lagi nak simpan gambar orang lain.
44. Biasanya aku pergi kat kawan yang bernama Marlboro.
45. Aku tak suka bising2.
46. I got no self esteem.
47. Masuk sekolah asrama. Tak belajar. Tak reti duduk rumah. Aktif merokok. Tidur waktu prep.
48. Beli sebuah pulau dan duduk sana sampai mati. Itu jer.
49. Baik. Pemurah. Rajin. Menepati masa. Suka menolong. Owh buruk benor perangai aku ni. Aku patut berubah.
50. Tampoi, Tampoi, Segamat, Tampoi dan sekarang KL. Aku bukan orang gila yer walaupun dekat tapi bumbung hospital tu pun aku tak pernah tengok.
51. Ohh takder satu pun.
52. Aku nak tag sesiapa jer yang takder idea nak update blog. Buat jangan tak buat.


Memang ajaib la kalau ada orang baca penuh entry aku kali ni. Aku memang sengaja asingkan soalan dengan jawapan dengan harapan korang cepat rasa bosan hehe.

Tahniah kepada yang berjaya.

Wednesday, November 12, 2008

Sebentar tadi

Petang yang indah. Lepak-lepak sambil buat kerja tak senonoh kat pejabat memang sedap. Lebih-lebih lagi bila takde sorang pun yang tinggal.

Tiba-tiba. Telefon milik pejabat kat sebelah aku ni berbunyi. Sangat pelik tapi aku angkat gak.


Weh, ko kat mana?

erk*

Dah balik belum?

erk*

Errr jap lagi aku naik atas.

erk*


Dia letak sebelum aku jawab sepatah pun.












Biol ker apa?



Thursday, November 6, 2008

Pesan

Ini untuk mereka yang rasa diri mereka sangat kelakar.

Sebenarnya kalau sekali dua memang la lawak tapi kalau dah di ulang berkali-kali itu namanya kurang ajar. Boleh meletup kamu tahu.

Betul, baik jangan cuba kalau tak nak muka berdarah.

Sunday, November 2, 2008

Ragu

Biasanya bila berjumpa dengan orang yang baru kenal. Akan mendorong seseorang itu melakukan satu daripada dua perkara ini.

1. Bercakap bohong.

2. Bercakap separuh benar.

Aku lebih suka dengan yang kedua. Aku tak pasti dan tak paham kenapa mesti berbohong.
Adakah terlalu peribadi untuk bertanya apa-apa soalan.
Pada aku bercakap bohong hanya menjatuhkan nilai seseorang. Agaknya la kan.










Semoga kita tidak berjumpa lagi.