Amil tu dah tua. Sebelum bayar dia tanya nama aku sebab nak tulis kat resit. Banyak kali gak la aku ulang nama aku baru dia tulis.
Lepas bayar aku tengok resit, dia tulis kat situ dalam huruf jawi...
Isteri bin Abd Samad.
Meleleh air mata aku tahan gelak.
SELAMAT HARI RAYA SEMUA.
Sunday, September 20, 2009
Sunday, September 6, 2009
Wednesday, August 19, 2009
Isi tempat kosong
Di satu upacara berbual-bual dengan member petang tadi.
Aku ingat nak balik kampung la jumaat ni.
Aaa balik la.
Ada pesta membantai kat kampung aku.
Tambah dia lagi.
Pesta apa?
Ala sehari sebelum puasa dorang ada buat korban pastu bagi-bagi kat orang kampung. Tempat ko takde ker?
Ceh tempat ko je ada pesta mengarut camtu. Tempat lain orang buat pesta lain. Sehari sebelum puasa orang duduk rumah pastu berpesta dari pagi sampai ke petang.
Pesta pebende siot duduk rumah je.
Pesta mem _ _ _ _ _. Huahuahua.
Zoooop. Sikit lagi mouse nak masuk mulut aku.

Sunday, August 16, 2009
The Chronicles of Padil
Ini adalah kisah tentang Padil (bukan nama sebenar sebab nama sebenar dia aku tak tau). Dia ni adalah salah seorang penghuni banglo melati, rumah aku duduk sekarang ni la (bukan banglo pun saja je nak riak).
Dia ni suka berbual sorang-sorang dah macam orang gila (sebab takde sorang pun nak layan dia berbual). Kalau dia bercakap takde hal lain kalau tak pasal dia nampak kereta sport kat jalan, program bodoh kerajaan , psp awek dia selalu rosak dan lain-lain cerita yang langsung tak lucah.
Seperti makhluk-makhluk lain, dia ni gemarkan internet. Oleh sebab takde laptop mahupun desktop (psp pun pinjam awek, apa barang) maka pilihan yang paling best adalah mencekau laptop penghuni lain. Dan yang selalu menjadi mangsa adalah laptop Basri (bukan nama sebenar tapi aku tau nama betul dia) mungkin sebab laptop dia sentiasa parking kat atas meja (atau mungkin banyak benda tak senonoh dalam tu).
Satu malam tu, macam biasa bila dia balik je terus nak online tapi kali ni laptop Basri takde. Tanpa segan silu dia cari beg Basri terus keluarkan laptop, letak atas meja dan pandang aku dengan muka pelik.
Bro, bateri dia mana haa?
Seperti kebiasaan aku diam je. Dia bukak lagi beg Basri dan kali ni dia keluarkan cooling pad plak. Dengan yakin dan konfidennya dia cuba masukkan bendalah tu kat ruang bateri.
?????
Apa ker bengap la.
Kalau The Testicle of Padil, ok tak.

Monday, July 6, 2009
Vishnu dan matemaik
Masa tingkatan satu dulu ada sorang jer lelaki india dalam kelas aku. Nama dia Vishnu. Kacak gak la macam hero tamil. Walaupun hensem takder sorang pun kat sekolah tu yang dia minat. Dia lebih suka ponteng sekolah dan bekerja kat fun fair. Tak fun langsung sebab aku rasa sekolah tu pun dah macam fun fair. Oh yer, dia ni duduk sebelah aku tu pun kalau dia rajin datang sekolah la.
Cikgu matematik aku plak seorang amoi. Name ape ntah aku tak ingat. Dia ni macam Vishnu gak tak rajin datang sekolah. Sibuk beromen dengan boipren agaknya.
Pada satu petang yang indah sedang aku tunduk dengan mata yang terkebil-kebil menahan rasa mengantuk terdengar amoi tu menjerit.
VISHNU..U JAWAP SOALAN NO 2!!
Satu kelas ketawa terbahak-bahak.
Aku dah rasa semacam. Vishnu tak datang hari ni.
Dua tahun gak la aku boikot matematik.

Sunday, June 21, 2009
Friday, June 5, 2009
No Point
Dulu masa sekolah antara subjek yang aku lemah selain matematik, matematik tambahan, sains, geografi, sejarah, pendidikan agama, kemahiran hidup, akaun, perdagangan adalah subjek bahasa inggeris.
Paling menyampah bab menjawab soalan karangan. Ada sekali tu masa exam aku jawab soalan pasal masalah kebakaran hutan tapi rupa-rupanya pasal penebangan hutan secara haram. Entah macam mana otak aku berfungsi aku pun tak tau la.
Macam mengaji gak la kan walaupun tahu baca tapi maksud dia ntah satu benda tak paham.
Dan sekarang aku tengah berusaha menghabiskan satu buku kanak-kanak setebal lebih 500 mukasurat. Pening dowh.

Subscribe to:
Posts (Atom)