Friday, September 26, 2008

Kembara

Setelah di ambil kira beberapa pendapat dan cadangan yang aku terima dari orang ramai. Aku dah ambil keputusan untuk pulang beraya dengan menaiki bas lompat-lompat atau bas sambung-sambung, korang pilih la mana suka.

Aku akan memulakan perjalanan seawal pagi dari KL menuju ke Seremban. Dari Seremban lak aku akan menuju ke Tampin. Aku tak pernah sampai Tampin lagi tapi takper lenjan jer la hehe. Selepas tu aku akan bergerak ke Gemas. Seterusnya aku singgah ke Segamat. Segamat tak best jadi sebelum aku meninggalkan Segamat untuk ke Air Itam aku akan pasang bom yang secara automatik meletup sebaik sahaja aku keluar dari daerah tersebut. Haha padan muka korang tak dapat beraya. Sampai jer kat Air Itam aku akan melepak sekejap sambil memborong teddy bear ehh silap2 pasu bunga untuk di hadiahkan kepada kakak aku. Dia suka sangat hias rumah dengan bunga plastik, entah pape kan. Selepas penat merayap aku sambung perjalanan terus ke JB seterusnya sampai ke rumah sebelum waktu berbuka. Sekian, terima kasih.

Jadi. Esok kalau ada sesape ternampak seorang lelaki lengkap berbaju melayu dengan seluar senteng sambil membawa ranting kayu yang hujungnya ada beberapa helai baju di ikat kemas dengan kain merah polka dot sambil makan aiskrim cornetto. Itu aku. Aku sedang bermusafir. Jangan heran kalau nampak aku tengah makan.




Di kesempatan ni juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang secara sengaja atau tak sengaja tersampai ke blog aku ni.











Ohh yer. Kepada mereka yang sudah berumah tangga, selamat beromen di siang hari. Ngehehehe.

13 comments:

ijan said...

segamat tu kawasan jajahan aku la dol. sblm tu aku letop kn jb dl. hihi...

kalo terserempak pastu nk tegur ko tu nnt nk kena berpantun ke ape...

selamat hari raya...

Ojie said...

ahh aku taula ex ko org segamat..geram sgt pn jgn la sampai nk bom..sian sultan nk dok mana nnt..kan encik sultan kan? kan? kan?

err tp ayat terakhir entri ko arinih mmg taleh nak blah la beb..sempat lg tuh..huhu

l.i.f.e said...

hahahahaha haram sungguh ayat penutup tu!

weihhh jalan tampin-gemas-segamat banyak koner2 lah...nanti pening naik bas. kalau dapat duduk tak pe gak lah. kalau diri, azab tu

tapi tak pe kan. kamu ada hati nak makan cornetto. ok lah tu...harung je. gud luck ok

Ami said...

Tampin best. Ramai koboi. Segamat? Aah..tak best! Haha

182 said...

sultan:
aiseh camner boleh lupa ko ada kat sana lak hehe tak jadi aku nak letopkan la..

takyah berpantun2, aku nak bersilat jer ni..

Selamat hari raya..

ojie:
memandai jer cakap ex aku org sgmt..kang aku bom s.a baru ko tau..

ayat terakhir tu untuk mereka yg dah berkahwin sahaja, ko jangan ngengada nak cuba lak hehe..

l.i.f.e:
takper2 aku yakin esok ramai tak naik bas sebab masing2 ada kereta dah..

bukan setakat corneto, tempeyek pun aku dah standby dalam beg..

Selamat Hari raya..

Mai:
Woi sultan..tengok aku dah geng, tunggu masa la jajahan ko tu di serang hehe..

Selamat Hari Raya..

Nad.is.me. said...

Hehe. So funny.

Selamat kembali hor. :p

alif-mikail said...

just balik! dan jgn datang balik huh!

woi woii ape kena mengena ayat di bawah dgn entry di atas? apekah?

Nota: Sejak bila koi pandai guna apekah ni? apekah?

biskutrajin said...

hah...dh smapi blum ke umah...ke sesat x jumpe jln?hehhe

Wardrobe kita said...

haha..smp jugak ko akhirnya..aku ajak balik raya ngan aku tak nk..tu la sombong sgt..kan da ssh nk naik bas lompat2..ayat terakhir tu aku x baca pun..laallllaallllaaaa...tetengok jeh!

Unknown said...

huhu... selamat hari raya

182 said...

otak belacan:
dah selamat pun..
: )

alif-mikail:
kaitan dia adalah raya..
selamat hari raya..

biskutrajin:
ni raya ketiga aku baru sampai..
macamane ntah aku boleh tersesat sampai ke Batam..
hehe..

qaseh:
ayat terakhir tu aku pun tak tengok..aku taip sambil tutup mata..
lalalala..

ibrahim_n:
selamat2 hari raya..eheh..

alif-mikail said...

NI apa punye live traffic ni :

Live traffic feed
Kota Bharu, Perak arrived from blogger.com on "Biar"

kasi baiki.. jangan kasi malu sama kawan²

182 said...

alif-mikail:
ehh betul la Kota Bharu tu kat perak..baru jer kota tu siap, ko tak tau ker?


pssst, camner nak betulkan?
hehe..