Tuesday, September 16, 2008

Gagal

Tengahari tadi. Entah kenapa tiba-tiba perut aku dengan rancak berbunyi tanda lapar dan minta di isi. Kruuuk krrrrururuk lebih kurang macam ni la bunyi dia. Bunyi perut bukan bunyi kentut, paham.

Aku dah nekad, perut kosong aku tu perlu di isi dengan makanan sedap-sedap. Dengan muka selamba aku bagi isyarat tangan kat member aku supaya bersiap sedia menjalankan misi mustahil. Member aku ni aku percaya setakat ni baru 2 3 hari berpuasa. Kalau korang jumpa dengan dia korang jangan tanya 'berapa hari kau ponteng puasa' tapi soalan yang lebih sesuai 'tahun ni berapa hari ko berpuasa'. Sangat jahanam.

Maka atas alasan gastrik aku dan dua orang rakan seperjuangan yang lain memulakan perjalanan penuh suci ini. Tapi baru jer sampai pintu opis terdengar satu suara yang kurang enak.

"Woi..kau nak pergi mana. Nah amik ni. Siapkan kerja ni dulu. Dah siap kau nak merayap ker nak pergi makan ker sukati kau.". Arggghhh kenapa la di saat aku nak mengecapi kebahagian kau bagi kerja.

Dan dengan muka tak puas hati aku terpaksa masuk balik dan sambung buat kerja manakala dua jahanam tu meneruskan cita-cita murni masing-masing.

Bila diorang balik aku tanya.
"Wei kau makan mana tadi"

"Restoran Bismillah" pendek jer dia jawab.

Haha macam sial. Tak jadi aku nak tanya soalan lain.







Agak-agak kalau tadi aku ikut diorang. Aku baca bismillah tak sebelum makan.

16 comments:

Wardrobe kita said...

ERM..SATU SITUASI YG AGAK KURANG PASTI UNTUK DITAFSIR DARI PANDANGAN MATA KASAR..

posa la...bukan stahun pun kena posa..sbula jea dalam stahun..bukan 24 jam pun..12 jam jea..malu kat budak kecik la bro...

Ojie said...

uhuu..dia dh niat nk ponteng pose la..naseb baik dia ada keje kena buat kan..hahaha..tuhan sayang kt dia tuh..

182 said...

qaseh:
ala budak kecik bukannya keje..aku ni kerja berat ko tau..menyangkul, menyudip, menyodok..haa berat kan..
hehe..

ojie:
biasa la ahli sufi memang sentiasa dilindungi haha..

ijan said...

mane dia org2 yg aku nk islamkan blk tu. ngehehehe...

Wardrobe kita said...

haha...sultan buat lawak..

182 said...

sultan:
ehh bila lak diorang murtad..
diorang sesat jer..hehe..

l.i.f.e said...

alahhh..kalau baca bismillah pun tetap batal puasa gak kan..lagipun dah niat nak makan

♥~ir@~♥ said...

ko puasa tak hari nih??

182 said...

l.i.f.e:
kalau setakat niat tak nak puasa tak dosa lagi kan, kan, kan..

ira:
setakat pukul 9.00 hari ni aku masih puasa lagu tau tapi tak tau la kul 11.00 nanti hehe..

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam
gelak akak baca criter ni

mir said...

ngeh.. ngeh.. ngeh..
pecah perut aku ketawa..

biskutrajin said...

kdai mamak la 2

biskutrajin said...
This comment has been removed by the author.
182 said...

crazy beautiful88:
salam..
hehe terima kasih..

i.l.h.a.m.a.n.s.i.z:
haha kadang2 aku pandai gak buat entry kelakar ekk..

biskutrajin:
tepat sekali..
mamak belakang kwsp..meh la datang nanti aku belanja..eheh..

FarhanaLicious said...

erk.
x puasa.

182 said...

farhanalicious:
diorang la bukan aku..