Saturday, September 13, 2008

Sesuatu yang tak boleh di ubah

Tadi. Lepas balik kerja, sebelum pulang rumah. Aku singgah bank nak keluarkan duit. Sesampai ke mesin atm macam biasa la masukkan kad. Sebelum masukkan pin, tertera pada monitor menyatakan mesin kehabisan not 10. Ahh aku peduli apa bukannya aku nak keluar banyak pun. Tapi lepas tu apa yang keluar semuanya not 10. Apa jadah mesin ni. Tak pasal-pasal beg duit aku penuh dengan duit 10 ringgit.

Dulu. Masa baru-baru sampai KL aku tak pandai lagi mengawal perbelanjaan. Tiap tengah bulan aku dah mula kawal pemakanan. Kalau tak kawal mampus sebelum gaji aku dah mengemis. Nak meminjam aku dah banyak hutang. Jadi jalan terakhir adalah berjimat.
Nak di jadikan cerita. Satu ketika di hujung bulan sebelum gaji aku dah sengkek gila. Duit dalam akaun yang boleh dikeluarkan hanya 30 ringgit. Padahal gaji lagi 5 hari baru keluar. Mana cukup 30 ringgit untuk belanja selama 5 hari. Sangat damn. Disebabkan terlalu terdesak aku keluarkan juga sisa-sisa harapan yang ada. Tapi yang peliknya masa aku keluarkan 3 keping not 10 terselit sekali beberapa not 50. Haha terselamat aku untuk minggu tu.

Jadi. Kesimpulannya kalau mesin pun boleh buat silap apa lagi kita manusia biasa. Kalau kamu melakukan kesilapan dan di beri peluang untuk berubah. Ambil la peluang tu. Bukan untuk sesiapa pun untuk diri kamu juga.

Tahu apa itu karma?

Aku tak tahu. Hehe.











U could be happy.
I hope so.

6 comments:

ijan said...

ape ko igt senang nk dpt peluang kedua...

eh... karma tu kn lagu cokelat. hihi...

182 said...

ni bukan setakat peluang kedua je bro ni juga berkaitan untuk tidak mengulangi ksalahan sama..

cokelat? ko ada lagu tu..

S.YanaZ said...

mana nk carik mesin yg buat silap mcm tuh kat area Brickfields nih hah...?

Ojie said...

kalau kita buat slh, dan kita diberi peluang untuk mengubahnya, maksudnya Tuhan masih sayang kat kita kan?
kan?
kan?

kdg2 aku percaya pd karma..org buat jahat, akan dibls juga..kalo xsekarang, mungkin esok lusa..

biskutrajin said...

pergh...ade brape kpg not 50 hengget 2?

182 said...

s.yanaz:
kat brickfields takder tapi kat ampang ada..

ojie:
yer..
yer..
yer..
kalau tuhan masih sayang maknanya kita masih bermakna..

aku tak suka karma..: )

biskutrajin:
ada la 3 4 keping..
makan mewah aku time tu hehe..