Friday, September 26, 2008

Kembara

Setelah di ambil kira beberapa pendapat dan cadangan yang aku terima dari orang ramai. Aku dah ambil keputusan untuk pulang beraya dengan menaiki bas lompat-lompat atau bas sambung-sambung, korang pilih la mana suka.

Aku akan memulakan perjalanan seawal pagi dari KL menuju ke Seremban. Dari Seremban lak aku akan menuju ke Tampin. Aku tak pernah sampai Tampin lagi tapi takper lenjan jer la hehe. Selepas tu aku akan bergerak ke Gemas. Seterusnya aku singgah ke Segamat. Segamat tak best jadi sebelum aku meninggalkan Segamat untuk ke Air Itam aku akan pasang bom yang secara automatik meletup sebaik sahaja aku keluar dari daerah tersebut. Haha padan muka korang tak dapat beraya. Sampai jer kat Air Itam aku akan melepak sekejap sambil memborong teddy bear ehh silap2 pasu bunga untuk di hadiahkan kepada kakak aku. Dia suka sangat hias rumah dengan bunga plastik, entah pape kan. Selepas penat merayap aku sambung perjalanan terus ke JB seterusnya sampai ke rumah sebelum waktu berbuka. Sekian, terima kasih.

Jadi. Esok kalau ada sesape ternampak seorang lelaki lengkap berbaju melayu dengan seluar senteng sambil membawa ranting kayu yang hujungnya ada beberapa helai baju di ikat kemas dengan kain merah polka dot sambil makan aiskrim cornetto. Itu aku. Aku sedang bermusafir. Jangan heran kalau nampak aku tengah makan.




Di kesempatan ni juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang secara sengaja atau tak sengaja tersampai ke blog aku ni.











Ohh yer. Kepada mereka yang sudah berumah tangga, selamat beromen di siang hari. Ngehehehe.

Tuesday, September 23, 2008

Penting

Macam mana aku boleh lupa aku takder kereta.

Macam mana aku boleh lupa aku takder sebarang lesen memandu.

Macam mana aku boleh lupa yang aku sambut aidilfitri bukan natal.

Macam mana aku boleh lupa yang semua member aku balik negeri lain.

Macam mana aku boleh lupa beli tiket bas untuk balik kampung (bandar).

Macam mana aku nak balik raya.

Macam mana.

Macam mana !!!








Macam mana nak mati kalau aku tak pernah hidup.

Sunday, September 21, 2008

Wooosshh

Semalam. Aku bermimpi. Nenek aku datang dan berpesan pada aku. Nenek aku dah arwah entah kenapa dia susah-susah datang dalam mimpi aku, aku pun tak tau. Dia cakap "mimpi adalah mimpi". Dan dalam mimpi yang gelap tu aku nampak garisan. Entah macam mana dalam gelap aku boleh nampak garisan. Aku ni rabun. Masa tidur mana la aku pakai cermin mata tapi dalam mimpi aku masih nampak garisan dengan jelas, pelik kan. Mungkin garisan sempadan. Ataupun ia menunjukkan jarak.

Ahh nenek, kau ni macam-macam la.
Tapi aku faham.
Terima kasih, tok wan.








Mimpi adalah mimpi. Aku dapat apa yang aku mahu hanya dalam mimpi. Tak mungkin di alam nyata.
Haih patut la sejak dua menjak ni aku suka tidur.

Tuesday, September 16, 2008

Gagal

Tengahari tadi. Entah kenapa tiba-tiba perut aku dengan rancak berbunyi tanda lapar dan minta di isi. Kruuuk krrrrururuk lebih kurang macam ni la bunyi dia. Bunyi perut bukan bunyi kentut, paham.

Aku dah nekad, perut kosong aku tu perlu di isi dengan makanan sedap-sedap. Dengan muka selamba aku bagi isyarat tangan kat member aku supaya bersiap sedia menjalankan misi mustahil. Member aku ni aku percaya setakat ni baru 2 3 hari berpuasa. Kalau korang jumpa dengan dia korang jangan tanya 'berapa hari kau ponteng puasa' tapi soalan yang lebih sesuai 'tahun ni berapa hari ko berpuasa'. Sangat jahanam.

Maka atas alasan gastrik aku dan dua orang rakan seperjuangan yang lain memulakan perjalanan penuh suci ini. Tapi baru jer sampai pintu opis terdengar satu suara yang kurang enak.

"Woi..kau nak pergi mana. Nah amik ni. Siapkan kerja ni dulu. Dah siap kau nak merayap ker nak pergi makan ker sukati kau.". Arggghhh kenapa la di saat aku nak mengecapi kebahagian kau bagi kerja.

Dan dengan muka tak puas hati aku terpaksa masuk balik dan sambung buat kerja manakala dua jahanam tu meneruskan cita-cita murni masing-masing.

Bila diorang balik aku tanya.
"Wei kau makan mana tadi"

"Restoran Bismillah" pendek jer dia jawab.

Haha macam sial. Tak jadi aku nak tanya soalan lain.







Agak-agak kalau tadi aku ikut diorang. Aku baca bismillah tak sebelum makan.

Saturday, September 13, 2008

Sesuatu yang tak boleh di ubah

Tadi. Lepas balik kerja, sebelum pulang rumah. Aku singgah bank nak keluarkan duit. Sesampai ke mesin atm macam biasa la masukkan kad. Sebelum masukkan pin, tertera pada monitor menyatakan mesin kehabisan not 10. Ahh aku peduli apa bukannya aku nak keluar banyak pun. Tapi lepas tu apa yang keluar semuanya not 10. Apa jadah mesin ni. Tak pasal-pasal beg duit aku penuh dengan duit 10 ringgit.

Dulu. Masa baru-baru sampai KL aku tak pandai lagi mengawal perbelanjaan. Tiap tengah bulan aku dah mula kawal pemakanan. Kalau tak kawal mampus sebelum gaji aku dah mengemis. Nak meminjam aku dah banyak hutang. Jadi jalan terakhir adalah berjimat.
Nak di jadikan cerita. Satu ketika di hujung bulan sebelum gaji aku dah sengkek gila. Duit dalam akaun yang boleh dikeluarkan hanya 30 ringgit. Padahal gaji lagi 5 hari baru keluar. Mana cukup 30 ringgit untuk belanja selama 5 hari. Sangat damn. Disebabkan terlalu terdesak aku keluarkan juga sisa-sisa harapan yang ada. Tapi yang peliknya masa aku keluarkan 3 keping not 10 terselit sekali beberapa not 50. Haha terselamat aku untuk minggu tu.

Jadi. Kesimpulannya kalau mesin pun boleh buat silap apa lagi kita manusia biasa. Kalau kamu melakukan kesilapan dan di beri peluang untuk berubah. Ambil la peluang tu. Bukan untuk sesiapa pun untuk diri kamu juga.

Tahu apa itu karma?

Aku tak tahu. Hehe.











U could be happy.
I hope so.

Sunday, September 7, 2008

Bertahan

Dalam hidup aku, jarang sekali aku dapat apa yang aku mahu.
Dan selalunya aku lepaskan apa yang aku suka. Sangat selalu.
Hidup sangat susah, kan?
Atau mungkin aku tak pernah syukur pada apa yang aku ada.
Apa yang aku ada?

.................................

Mengikut kalendar Hijrah, hari ini 8 Ramadhan adalah hari lahir aku.
Yang ke tujuh belas.
Satu perkara yang menarik, setakat ini puasa aku masih lagi terpelihara.
Satu pencapaian hebat, pada aku.
Tapi tak tau la kan lepas ni aku kantoi sampai raya. Eheh.

Dan sekarang aku ingin berdoa.
"Tuhan, izinkan aku pergi..





.. ke jamban". Tadi aku berbuka secara melampau. Damn.

Thursday, September 4, 2008

Semalam di Bazir Ramadhan

Seringgit tiga biji.
Dua ringgit lima biji.

Ngaaaaaa..

Sebiji tiga puluh sen.
Tiga biji seringgit.

Ngaaaaaa..