Bulan Ramadhan sememangnya bulan yang menguji keimanan, kesabaran, kewarasan jiwa dan berbagai lagi ke. Kisah berikut disampaikan supaya yang buruk dijadikan teladan dan yang baik dijadikan teladan gak.
Sedang aku mengelamun memandang jam yang belum pun masuk 12 tengahari tiba-tiba Sopi, pemandu baru pejabat aku ni menjerit. Woi, lu tak payah buat-buat muka letih. Jom ikut gua. Tanpa banyak karenah birokrasi aku bangun lalu jalan beriringan tanpa memegang tangan. Ke mana? tanya aku. Pandi dah tunggu kat bawah. Kita pergi main snooker jap hilangkan ngantuk. Jawab Sopi dengan tenang. Heh hilangkan ngantuk konon. Siap ko jap lagi aku bagi tazkirah.
Sesampai ke pusat snooker, dengan pantas lagi tangkas Sopi dan Pandi menyalakan sebatang rokok. Gua bukan apa bai, lapar gua boleh tahan tapi rokok gua surrender. Sopi bersuara setelah perasan aku bagi jelingan maut. Pandi hanya mampu tersenyum sambil mengangkat kening. Pung pang pung pang Sopi membebel. Cet, aku yang kena tazkirah. Tazkirah sesat plak tu. Dengan semangat kesukanan yang kuat kami meneruskan perancangan awal bermain snooker. Sambil bermain aku tengok dorang ni tak habis-habis hisap rokok. Hilang gak la setengah kotak tu. Dah macam naga.
Habis frame ke 4 aku ajak dorang balik ke pejabat. Aku ingat boleh segar, makin letih ada la.
Tiba di lobi pejabat kami terserempak dengan bos. Apa punya malang da. Korang puasa ke tak ni? Segar semacam jer saya tengok, tegur bos. Mestilah puasa bos. Orang yang berpuasa tak semestinya muka kena letih bos. Kelentong Pandi dengan selamba. Pandi ni sebelum keluar kereta tadi dah siap-siap sembur minyak wangi nak hilangkan bau rokok. Patut la yakin jer bukak mulut. Tapi saya rasa Sopi tak puasa arini. tambah bos lagi. Ni bulan puasa ni bos, tak baik fitnah. Sia-sia jer bos puasa arini. Sopi cuba membela diri. Bos pandang ke arah aku, cepat-cepat aku alihkan mata mengadap pintu lif yang belum terbuka. Bos bersuara lagi, dahtu Sopi apa gula getah tu buat kat dalam mulut awak?
Bangang. Bangang. Bangang.
Friday, August 12, 2011
Saturday, July 2, 2011
Kelas Bahasa Arab
Petang semalam masa nak balik kerja ada sorang awek cun yang melecun tegur aku dalam bahasa arab. Nasib baik dulu masa sekolah agama aku ada sikit pay attention kat ustazah. Selamba aku jawab Walaikumusalam.
Ahahaha.
Ahahaha.
Saturday, November 6, 2010
Saturday, April 17, 2010
Curt suka MJ
Dulu-dulu. Masa takde google. Dan tahap kemahiran bahasa inggeris aku sama dengan bahasa arab. Aku dengar dia terjerit-jerit sebut Maikel Maikel.
Friday, March 5, 2010
Main-main
Semalam, secara ajaibnya aku diajak untuk bermain futsal. Maka sebagai lelaki hebat yang jarang bersukan dengan selamba aku setuju. Dan aku nyaris-nyaris menjaringkan 16 gol. Tinggal aku tak sepak jer bola tu.
Hari ni kat opis aku jadi bahan.
Woi, atuk aku yang dah nazak kalau letak depan gol pun bole score la.
Bastard sungguh.
Hari ni kat opis aku jadi bahan.
Woi, atuk aku yang dah nazak kalau letak depan gol pun bole score la.
Bastard sungguh.
Wednesday, February 24, 2010
Halu
Hai.
Selamat pagi. Salam 1Malaysia. Selamat Hari Raya Aidiladha. Selamat Awal Muharam. Selamat Hari Natal.
Selamat Tahun Baru. Selamat Hari Thaipusam. Selamat Hari Wilayah. Selamat Tahun Baru Cina. Selamat Hari Kekasih. Dan Selamat Maulidur Rasul.
Keh keh keh. Ada ker?

Monday, November 16, 2009
Sains rumahtangga
Masa tingkatan dua aku masih berada di kelas budak-budak pandai. Aku bukan la pandai pun tapi aku diselamatkan oleh beberapa budak bodoh dari diturunkan ke kelas bawah. Walaupun dah macam tu aku masih malas nak belajar, tak reti nak insaf langsung.
So nak dijadikan cerita, dalam banyak-banyak matapelajaran yang aku tak suka subjek sains la paling aku paling malas nak belajar.
Mana taknya masa dulu-dulu lepas buat eksperimen ke ape kene tulis dalam buku log kulit keras. Kalau pendek takper ni tak, panjang berjela. Belajar pun malas ni kan plak nak menulis.
Setelah beberapa bulan terselamat tibalah masa untuk Lee Lai Ping meluahkan rasa marah dan ketidakpuasan hatinya.
Dari awal tahun sampai sekarang tak pernah saya tanda buku awak. Mana pergi buku awak? Budak ini susah betul itu.
Err buku saya hilang kat rumah, cikgu.
Ada sikit menggeletar gak la masa aku jawab.
Besar sangat ker rumah awak sampai nak cari pun susah. Budak ini susah betul itu.
Dengan tanpa rasa bersalah aku menjawab.
Macam mana nak cari, rumah saya 5 tingkat bilik jer berpuluh.
Separuh kelas yang tau aku tinggal kat flet ketawa berdekah. Muka Lee Lai Ping makin merah. Aku dah rasa nak cabut dari kelas masa tu gak.
Sejak tu aku belajar sains dari tangga.

Wednesday, October 21, 2009
Hari ni
Terjumpa seposen dalam lubang jamban pagi tadi. Setahu aku, jamban tu tempat orang buang hajat bukan tempat berhajat. Ingat tu kolam ke apa.
Badan bila penat, akal mula ke lain.
Duit tu terjatuh la bengap.
Badan bila penat, akal mula ke lain.
Duit tu terjatuh la bengap.
Sunday, September 20, 2009
Fitrah
Amil tu dah tua. Sebelum bayar dia tanya nama aku sebab nak tulis kat resit. Banyak kali gak la aku ulang nama aku baru dia tulis.
Lepas bayar aku tengok resit, dia tulis kat situ dalam huruf jawi...
Isteri bin Abd Samad.
Meleleh air mata aku tahan gelak.
SELAMAT HARI RAYA SEMUA.
Lepas bayar aku tengok resit, dia tulis kat situ dalam huruf jawi...
Isteri bin Abd Samad.
Meleleh air mata aku tahan gelak.
SELAMAT HARI RAYA SEMUA.
Sunday, September 6, 2009
Wednesday, August 19, 2009
Isi tempat kosong
Di satu upacara berbual-bual dengan member petang tadi.
Aku ingat nak balik kampung la jumaat ni.
Aaa balik la.
Ada pesta membantai kat kampung aku.
Tambah dia lagi.
Pesta apa?
Ala sehari sebelum puasa dorang ada buat korban pastu bagi-bagi kat orang kampung. Tempat ko takde ker?
Ceh tempat ko je ada pesta mengarut camtu. Tempat lain orang buat pesta lain. Sehari sebelum puasa orang duduk rumah pastu berpesta dari pagi sampai ke petang.
Pesta pebende siot duduk rumah je.
Pesta mem _ _ _ _ _. Huahuahua.
Zoooop. Sikit lagi mouse nak masuk mulut aku.

Sunday, August 16, 2009
The Chronicles of Padil
Ini adalah kisah tentang Padil (bukan nama sebenar sebab nama sebenar dia aku tak tau). Dia ni adalah salah seorang penghuni banglo melati, rumah aku duduk sekarang ni la (bukan banglo pun saja je nak riak).
Dia ni suka berbual sorang-sorang dah macam orang gila (sebab takde sorang pun nak layan dia berbual). Kalau dia bercakap takde hal lain kalau tak pasal dia nampak kereta sport kat jalan, program bodoh kerajaan , psp awek dia selalu rosak dan lain-lain cerita yang langsung tak lucah.
Seperti makhluk-makhluk lain, dia ni gemarkan internet. Oleh sebab takde laptop mahupun desktop (psp pun pinjam awek, apa barang) maka pilihan yang paling best adalah mencekau laptop penghuni lain. Dan yang selalu menjadi mangsa adalah laptop Basri (bukan nama sebenar tapi aku tau nama betul dia) mungkin sebab laptop dia sentiasa parking kat atas meja (atau mungkin banyak benda tak senonoh dalam tu).
Satu malam tu, macam biasa bila dia balik je terus nak online tapi kali ni laptop Basri takde. Tanpa segan silu dia cari beg Basri terus keluarkan laptop, letak atas meja dan pandang aku dengan muka pelik.
Bro, bateri dia mana haa?
Seperti kebiasaan aku diam je. Dia bukak lagi beg Basri dan kali ni dia keluarkan cooling pad plak. Dengan yakin dan konfidennya dia cuba masukkan bendalah tu kat ruang bateri.
?????
Apa ker bengap la.
Kalau The Testicle of Padil, ok tak.

Monday, July 6, 2009
Vishnu dan matemaik
Masa tingkatan satu dulu ada sorang jer lelaki india dalam kelas aku. Nama dia Vishnu. Kacak gak la macam hero tamil. Walaupun hensem takder sorang pun kat sekolah tu yang dia minat. Dia lebih suka ponteng sekolah dan bekerja kat fun fair. Tak fun langsung sebab aku rasa sekolah tu pun dah macam fun fair. Oh yer, dia ni duduk sebelah aku tu pun kalau dia rajin datang sekolah la.
Cikgu matematik aku plak seorang amoi. Name ape ntah aku tak ingat. Dia ni macam Vishnu gak tak rajin datang sekolah. Sibuk beromen dengan boipren agaknya.
Pada satu petang yang indah sedang aku tunduk dengan mata yang terkebil-kebil menahan rasa mengantuk terdengar amoi tu menjerit.
VISHNU..U JAWAP SOALAN NO 2!!
Satu kelas ketawa terbahak-bahak.
Aku dah rasa semacam. Vishnu tak datang hari ni.
Dua tahun gak la aku boikot matematik.

Sunday, June 21, 2009
Friday, June 5, 2009
No Point
Dulu masa sekolah antara subjek yang aku lemah selain matematik, matematik tambahan, sains, geografi, sejarah, pendidikan agama, kemahiran hidup, akaun, perdagangan adalah subjek bahasa inggeris.
Paling menyampah bab menjawab soalan karangan. Ada sekali tu masa exam aku jawab soalan pasal masalah kebakaran hutan tapi rupa-rupanya pasal penebangan hutan secara haram. Entah macam mana otak aku berfungsi aku pun tak tau la.
Macam mengaji gak la kan walaupun tahu baca tapi maksud dia ntah satu benda tak paham.
Dan sekarang aku tengah berusaha menghabiskan satu buku kanak-kanak setebal lebih 500 mukasurat. Pening dowh.

Tuesday, May 19, 2009
Sunyi
Aku berdoa untuk sesuatu yang baik.
Rasanya dah termakbul.
Terima kasih.
Tapi untuk jauh dari dosa dan kesalahan amat susah.
Kan?
Rasanya dah termakbul.
Terima kasih.
Tapi untuk jauh dari dosa dan kesalahan amat susah.
Kan?
Wednesday, May 6, 2009
Kim Kaphan
Malam semalam.
Tengah bosan-bosan.
Aku belek la telefon canggih aku yang takde kamera mahupun skrin berwarna.
Tengok contact yang ada dalam tu.
Ternampak nama Kim.
Aku test la call.
Mana la tau kan dia dah tukar nombor. Boleh la aku delete nombor dia.
Sekali keluar caller ringtone XPDC.
Sah dia masih pakai nombor lama.
Cepat-cepat aku letak.
Takdenye aku nak dengar suara dia yang garau lagi berkahak.
Lebih kurang setengah jam lepas tu.
Dia misscall aku balik.
Disusuli dengan satu sms masuk dari Kim.
"Hai"
Kepala hotak dia la. Dia lagi awal delete nombor aku.

Thursday, April 30, 2009
Rabu
Setiap malam seperti semalam.
"People fake a lot of human interactions, but I feel like I fake them all, and I fake them very well, that’s my burden, I guess."
"People fake a lot of human interactions, but I feel like I fake them all, and I fake them very well, that’s my burden, I guess."
Wednesday, April 29, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)