Wednesday, December 31, 2008
Wednesday, December 24, 2008
Jauh
Badan aku dah berjaya mengatasi fikiran.
Sekarang ni aku mengharapkan keajaiban berlaku. Mengharapkan sesuatu yang mustahil.
Aku ingin berdoa. Tetapi apa gunanya berdoa kalau apa yang aku inginkan sangat jauh dari capaian aku sendiri.
Loser.
Thursday, December 18, 2008
Siakap sinohong...
Arghhh..2 3 hari ni aku asyik terfikir tentang benda ni. Mungkin 2 3 bulan. Maka tersimpul la satu kesimpulan.
Sebab aku tak nak kau berbohong. Serius, suara kau tak sedap bila berbohong.
Lebih baik senyap.
Atau mungkin aku tak boleh terima kenyataan.
Babi betul la.
Sunday, December 14, 2008
Ular mati dalam mangkuk, mangkuk.
Apa dia.
Masuk 10 keluar 9.
Masuk 8 keluar 7.
Masuk 12 keluar 11.
Thursday, December 11, 2008
Jururawat
Dan secara ajaibnya aku dapat idea nak update blog ni.
Dulu-dulu. Lebih kurang 4 5 tahun yang lepas aku temankan sorang member aku yang nak menderma darah.
Lalu terduduk la aku di atas kerusi sambil melihat darah mengalir dari lengan member aku.
Tiba-tiba..
Datang sorang awek duduk kat katil sebelah. Dia pandang aku dan aku pandang dia.
Sebagai lelaki yang budiman aku pun tegur dia.
Nak menderma ker?
A'ah.
Bagus-bagus. Ermm awak baring la situ.
Ni awak pasti ker nak menderma?
Yer la. Kenapa?
Takder pape.
Sekarang buka seluar awak.
Awek tu bangun sambil mengerutkan dahi.
Apsal lak nak buka seluar, encik?
Err awak nak derma dara, kan?
Lalu dengan gaya penuh marah dia keluar dari bilik tu.
Kesimpulannya. Pada hari tu aku dah membazirkan sejumlah darah yang boleh digunakan.
Jadi untuk menebus dosa silam aku akan menderma sejumlah darah sebentar lagi.
Mari.
Wednesday, December 3, 2008
Hegeh
Tapi.
Sekarang ni satu soalan kelihatan tak cukup. Aku macam gatal jer nak bertanya banyak soalan.
Macam menyibuk jer kan. Atau macam orang bodoh.
Lambat tapi selamat.
Huh mungkin akan menyesal.
Sunday, November 30, 2008
Gila (?)
Seminggu dua ni saya agak sibuk dengan kerja. Sibuk dengan orang lain. Sibuk dengan hal sendiri. Sibuk dengan segala benda. Saya tidak sepatutnya sibuk.
Sibuk menjadikan saya kosong. Kosong di dalam. Kosong di kepala. Kosong di hati. Kosong.
Kosong membuatkan saya hilang. Hilang segala rasa. Hilang segalanya.
Saya akan tunggu hingga pasti kamu hanya khayalan.
Owh. Saya tak akan buat entri sebegini lagi.
Damn.
Thursday, November 20, 2008
50 sen
Tengok tv dah, usha awek dah, makan dah, air pun siap bertambah, berborak sampai dah takder benda nak bual pun dah, mencarut tanpa sebab pun dah.
Bosan gila.
Last2 aku ambil satu suratkhabar. Baca ruangan sms dalam tu. Aku tergelak.
Oi kau baca paper ker ko baca Apo?
Tegur member aku.
Hehe cuba ko baca ni.
" Drama Puaka Niyang Rapik banyak watak hantu ada yang muka macam Ultraman, ada yang gigi macam garpu ada yang macam orang utan dari Bang Bang Boom peliknya mana ada hantu siang hari. " sms dari ABC.
Mumbazir.
Sunday, November 16, 2008
Selamat Pagi
Soalannya
1. Name :
2. Sisters :
3. Brothers :
4. Shoe size :
5. Height :
6. Where do you live :
7. Have you ever been on a plane :
8. Swam in the ocean :
9. Fallen asleep at school :
10. Broken someone’s heart :
11. Fell off your chair :
12. Sat by the phone all night waiting for someone to call :
13. Saved e-mails :
14. What is your room like :
15. What’s right beside you:
16. What is the last thing you ate :
17. Chicken pox :
18. Sore throat :
19. Stitches :
20.Broken nose :
21. Do you Believe in love at first sight :
22. Like picnics :
23. The last person you danced with :
24. Last made you smile :
25. You last yelled at :
26. Today did you…to someone you like :
27. Kissed anyone :
28. Get sick :
29. Talk to an ex :
30. Miss someone :
31. Who do you really hate:
32. Do you like your hand-writing :
33. Are your toe nails painted :
34. Whose bed other than yours would you rather sleep in :
35. What color shirt are you wearing now :
36. Are you a friendly person :
37. Do you have any pets :
38. Do you sleep with the TV on :
39. What are you doing right now :
40. Can you handle the truth :
41. Are you closer to your mother or father :
42. Do you eat healthy :
43. Do you still have pictures of you & your ex :
44. If you’re having a bad day, who are you most likely to go to:
45. Are you loud or quiet most of the time :
46. Are you confident :
47. 5 things I was doing 10 years ago:
48. 5 things I would do if i were a billionaire:
49. 5 of my bad habits:
50. 5 places I’ve lived/living:
51. 5 things I feel grateful:
52. 5 people I would like to tag…
Dan inilah dia
1. Err nak tau ker. Tak payah la yer.
2. Satu atas. Satu bawah.
3. Satu atas. Satu bawah.
4. Saiz tujuh kot.
5. Tak ingat tapi tak tinggi dan takder la rendah sangat.
6. Kuala Lumpor. Ingat nak cari kerja kat tempat lain la. Gila tak best tinggal kat kl ni.
7. Pertama kali naik plane pada bulan puasa lepas. Jakun beb masa tu.
8. Huk alah mesti la pernah. Masa kecik2 dulu selalu mandi kat Pantai Lido tapi kalau sekarang ada orang mandi situ mesti dah hilang akal.
9. Jangan jadi budak sekolah la kalau tak pernah tidur kat sekolah.
10. Errr mak aku kot.
11. Tak pernah tapi masa sekolah rendah dulu pernah mengkarate kerusi sampai patah dua. Apa ntah aku pikir masa tu.
12. Malam tadi. Pukul 12 lebih baru call ajak lepak. Ceh, janji melayu betul.
13. Kebanyakannya aku simpan email yang di forward.
14. Ada tilam, ada bantal, ada gobok dan ada rak. Tak berapa kemas tapi sudah tentu tak berselerak.
15. Ada sekotak air soya, sekotak rokok dan sekotak remote control hehe..
16. Nasi lemak campur sikit bihun dengan dua suku telur rebus pada harga satu ringgit. Apa punya baik la akak tu arini. Err sah kentut aku hari ni bau telur haha..
17. 3 4 tahun lepas. Lima hari jer dengan mc 3 hari. Antibodi aku kuat.
18. Entah tak ingat la plak.
19. Bawah perut. Masa kecik2 dulu aku pernah di bedah atas sebab yang aku sendiri kurang pasti.
20. Tak pernah.
21. Mesti la percaya. Hari2 aku jatuh cinta pandang pertama haha. Hari ni dengan orang lain esok lak dengan orang lain. Peh.
22. Tak suka piknik. Tak mendatangkan faedah langsung. Dan tak suka apa2 acara yang memenatkan badan.
23. Tiga minggu lepas tapi tak ingat nama dia.
24. Tadi masa beli nasi lemak pada harga seringgit. Bukan setakat senyum siap ketawa dalam hati tu.
25. Perempuan bingai yang menyusahkan aku jumaat lepas. Dalam hati gak hehe tak sampai hati nak menjerit kat perempuan. Auww.
26. Takder buat apa2 sebab takder sape2.
27. Errrk.
28. Dengan bau ikan. Boleh termuntah tau tak.
29. Tak cakap cuma sms jer.
30. Tak pun tapi harap2 ada la orang rindu kat aku.
31. Diri sendiri.
32. Entah la tapi dah beberapa orang cakap tulisan aku cantik. Kembang lubang hidung aku jap.
33. Gila ker apa aku kan lelaki tulen.
34. Apa punya soalan la ni. Erm katil mambang2 kot ngehehe.
35. Purple gelap yang akak aku bagi. Banyak2 barang kat dunia ni baju gak yang dia suka bagi aku, ape daa.
36. Nope. Lebih2 lagi dengan perempuan.
37. Dulu banyak hamster berkeliaran kat rumah aku malam2 tapi sekarang mana ntah dorang pergi. Merajuk kot.
38. Bilik aku takder tv so jawapannya tidak. Saya pasti betul dan saya kunci jawapan ini.
39. Sekarang? Biar betul. Apa punya soalan daa.
40. The truth is out there. haha.
41. Sudah tentu mak aku.
42. Aku bantai pape jer janji sedap.
43. Gambar diri sendiri pun aku tak simpan lagi nak simpan gambar orang lain.
44. Biasanya aku pergi kat kawan yang bernama Marlboro.
45. Aku tak suka bising2.
46. I got no self esteem.
47. Masuk sekolah asrama. Tak belajar. Tak reti duduk rumah. Aktif merokok. Tidur waktu prep.
48. Beli sebuah pulau dan duduk sana sampai mati. Itu jer.
49. Baik. Pemurah. Rajin. Menepati masa. Suka menolong. Owh buruk benor perangai aku ni. Aku patut berubah.
50. Tampoi, Tampoi, Segamat, Tampoi dan sekarang KL. Aku bukan orang gila yer walaupun dekat tapi bumbung hospital tu pun aku tak pernah tengok.
51. Ohh takder satu pun.
52. Aku nak tag sesiapa jer yang takder idea nak update blog. Buat jangan tak buat.
Memang ajaib la kalau ada orang baca penuh entry aku kali ni. Aku memang sengaja asingkan soalan dengan jawapan dengan harapan korang cepat rasa bosan hehe.
Tahniah kepada yang berjaya.
Wednesday, November 12, 2008
Sebentar tadi
Tiba-tiba. Telefon milik pejabat kat sebelah aku ni berbunyi. Sangat pelik tapi aku angkat gak.
Weh, ko kat mana?
erk*
Dah balik belum?
erk*
Errr jap lagi aku naik atas.
erk*
Dia letak sebelum aku jawab sepatah pun.
Biol ker apa?
Thursday, November 6, 2008
Pesan
Sebenarnya kalau sekali dua memang la lawak tapi kalau dah di ulang berkali-kali itu namanya kurang ajar. Boleh meletup kamu tahu.
Betul, baik jangan cuba kalau tak nak muka berdarah.
Sunday, November 2, 2008
Ragu
1. Bercakap bohong.
2. Bercakap separuh benar.
Aku lebih suka dengan yang kedua. Aku tak pasti dan tak paham kenapa mesti berbohong.
Adakah terlalu peribadi untuk bertanya apa-apa soalan.
Pada aku bercakap bohong hanya menjatuhkan nilai seseorang. Agaknya la kan.
Semoga kita tidak berjumpa lagi.
Thursday, October 16, 2008
I Hate You
Aku lahir dalam keluarga yang sempurna. Takder la sempurna mana cuma aku ada seorang kakak, seorang abang, seorang adik perempuan dan lelaki. Dan sudah tentu seorang ibu dan seorang bapa.
Enam tahun lalu. Sesuatu telah berlaku pada diri aku. Sesuatu yang memedihkan lagi menyakitkan. Benda ni telah membuatkan aku mengambil keputusan yang agak drastik lagi menyusahkan diri sendiri. Aku mengambil keputusan untuk berhenti segala-galanya. Berhenti menjadi rajin, berhenti menjadi orang berguna, berhenti berfikir dan berhenti untuk ambil peduli. Aku mahu jadi pemalas yang tiada masa depan. Mahu jadi orang yang tidak penting. Mahu menjadi orang yang tiada kesan pada sesiapa. Halimunan.
Mungkin satu hari nanti abang aku mati, sebagai contoh sahaja. Masa itu sudah tentu semua orang akan bersedih. Tapi aku akan menjadi orang yang paling sedih sebab aku hanya ada seorang abang. Abang aku mati, kakak aku masih ada dua orang adik lelaki yang lain. Adik-adik aku masih ada aku untuk menjadi abang. Ibu aku masih ada dua lagi anak lelaki.
Tapi aku? Aku hanya ada seorang. Seorang bagi setiap mereka-mereka. Aku tak sanggup melihat salah seorang dari mereka tiada.
Jadinya, setiap malam sebelum tidur sejak enam tahun lalu aku berdoa kepada tuhan biarlah aku yang pertama pergi.
Tak ramai akan perasan bila orang tak penting tiada, kan?
Entah bila doa aku akan termakbul.
Saturday, October 11, 2008
Pesong
And there is an answer you just simply not want to know.
But
Curiosity is killing me.
Less care, bro.
Less care.
Thursday, October 9, 2008
Walaikumsalam
Heh terasa aku ni muda remaja la plak.
Agak-agak apa patut aku buat dengan duit tu.
1. Membuka bisnes kecil-kecilan lantas menjadi bisnes besar-besaran satu hari nanti. Langsung menjadi jutawan muda dalam sekelip mata.
2. Simpan jadi kenang-kenangan sehingga 40 tahun akan datang lalu menjual semula bila mana nilai duit tu melambung tinggi sehingga mencecah berbillion-billion dollar.
3. Melabur kat Dana Future, AB Fund dan sebagainya hehe..
Hingus aku meleleh tak berhenti-henti sebab rasa terharu yang amat sangat.
Tuesday, October 7, 2008
Friday, September 26, 2008
Kembara
Aku akan memulakan perjalanan seawal pagi dari KL menuju ke Seremban. Dari Seremban lak aku akan menuju ke Tampin. Aku tak pernah sampai Tampin lagi tapi takper lenjan jer la hehe. Selepas tu aku akan bergerak ke Gemas. Seterusnya aku singgah ke Segamat. Segamat tak best jadi sebelum aku meninggalkan Segamat untuk ke Air Itam aku akan pasang bom yang secara automatik meletup sebaik sahaja aku keluar dari daerah tersebut. Haha padan muka korang tak dapat beraya. Sampai jer kat Air Itam aku akan melepak sekejap sambil memborong teddy bear ehh silap2 pasu bunga untuk di hadiahkan kepada kakak aku. Dia suka sangat hias rumah dengan bunga plastik, entah pape kan. Selepas penat merayap aku sambung perjalanan terus ke JB seterusnya sampai ke rumah sebelum waktu berbuka. Sekian, terima kasih.
Jadi. Esok kalau ada sesape ternampak seorang lelaki lengkap berbaju melayu dengan seluar senteng sambil membawa ranting kayu yang hujungnya ada beberapa helai baju di ikat kemas dengan kain merah polka dot sambil makan aiskrim cornetto. Itu aku. Aku sedang bermusafir. Jangan heran kalau nampak aku tengah makan.
Di kesempatan ni juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang secara sengaja atau tak sengaja tersampai ke blog aku ni.
Ohh yer. Kepada mereka yang sudah berumah tangga, selamat beromen di siang hari. Ngehehehe.
Tuesday, September 23, 2008
Penting
Macam mana aku boleh lupa aku takder sebarang lesen memandu.
Macam mana aku boleh lupa yang aku sambut aidilfitri bukan natal.
Macam mana aku boleh lupa yang semua member aku balik negeri lain.
Macam mana aku boleh lupa beli tiket bas untuk balik kampung (bandar).
Macam mana aku nak balik raya.
Macam mana.
Macam mana !!!
Macam mana nak mati kalau aku tak pernah hidup.
Sunday, September 21, 2008
Wooosshh
Ahh nenek, kau ni macam-macam la.
Tapi aku faham.
Terima kasih, tok wan.
Mimpi adalah mimpi. Aku dapat apa yang aku mahu hanya dalam mimpi. Tak mungkin di alam nyata.
Haih patut la sejak dua menjak ni aku suka tidur.
Tuesday, September 16, 2008
Gagal
Aku dah nekad, perut kosong aku tu perlu di isi dengan makanan sedap-sedap. Dengan muka selamba aku bagi isyarat tangan kat member aku supaya bersiap sedia menjalankan misi mustahil. Member aku ni aku percaya setakat ni baru 2 3 hari berpuasa. Kalau korang jumpa dengan dia korang jangan tanya 'berapa hari kau ponteng puasa' tapi soalan yang lebih sesuai 'tahun ni berapa hari ko berpuasa'. Sangat jahanam.
Maka atas alasan gastrik aku dan dua orang rakan seperjuangan yang lain memulakan perjalanan penuh suci ini. Tapi baru jer sampai pintu opis terdengar satu suara yang kurang enak.
"Woi..kau nak pergi mana. Nah amik ni. Siapkan kerja ni dulu. Dah siap kau nak merayap ker nak pergi makan ker sukati kau.". Arggghhh kenapa la di saat aku nak mengecapi kebahagian kau bagi kerja.
Dan dengan muka tak puas hati aku terpaksa masuk balik dan sambung buat kerja manakala dua jahanam tu meneruskan cita-cita murni masing-masing.
Bila diorang balik aku tanya.
"Wei kau makan mana tadi"
"Restoran Bismillah" pendek jer dia jawab.
Haha macam sial. Tak jadi aku nak tanya soalan lain.
Agak-agak kalau tadi aku ikut diorang. Aku baca bismillah tak sebelum makan.
Saturday, September 13, 2008
Sesuatu yang tak boleh di ubah
Dulu. Masa baru-baru sampai KL aku tak pandai lagi mengawal perbelanjaan. Tiap tengah bulan aku dah mula kawal pemakanan. Kalau tak kawal mampus sebelum gaji aku dah mengemis. Nak meminjam aku dah banyak hutang. Jadi jalan terakhir adalah berjimat.
Nak di jadikan cerita. Satu ketika di hujung bulan sebelum gaji aku dah sengkek gila. Duit dalam akaun yang boleh dikeluarkan hanya 30 ringgit. Padahal gaji lagi 5 hari baru keluar. Mana cukup 30 ringgit untuk belanja selama 5 hari. Sangat damn. Disebabkan terlalu terdesak aku keluarkan juga sisa-sisa harapan yang ada. Tapi yang peliknya masa aku keluarkan 3 keping not 10 terselit sekali beberapa not 50. Haha terselamat aku untuk minggu tu.
Jadi. Kesimpulannya kalau mesin pun boleh buat silap apa lagi kita manusia biasa. Kalau kamu melakukan kesilapan dan di beri peluang untuk berubah. Ambil la peluang tu. Bukan untuk sesiapa pun untuk diri kamu juga.
Tahu apa itu karma?
Aku tak tahu. Hehe.
U could be happy.
I hope so.
Sunday, September 7, 2008
Bertahan
Dan selalunya aku lepaskan apa yang aku suka. Sangat selalu.
Hidup sangat susah, kan?
Atau mungkin aku tak pernah syukur pada apa yang aku ada.
Apa yang aku ada?
.................................
Mengikut kalendar Hijrah, hari ini 8 Ramadhan adalah hari lahir aku.
Yang ke tujuh belas.
Satu perkara yang menarik, setakat ini puasa aku masih lagi terpelihara.
Satu pencapaian hebat, pada aku.
Tapi tak tau la kan lepas ni aku kantoi sampai raya. Eheh.
Dan sekarang aku ingin berdoa.
"Tuhan, izinkan aku pergi..
.. ke jamban". Tadi aku berbuka secara melampau. Damn.
Thursday, September 4, 2008
Semalam di Bazir Ramadhan
Dua ringgit lima biji.
Ngaaaaaa..
Sebiji tiga puluh sen.
Tiga biji seringgit.
Ngaaaaaa..
Sunday, August 31, 2008
Agama dan Bangsa
Berikut adalah waktu berbuka puasa bagi aku dan kawasan yang aku berada.
Isnin - Jumaat : antara jam 1.00 hingga 2.00 petang
Sabtu dan Ahad : 5 minit lepas celik mata.
Waktu imsak tak payah la sebab aku bukan bersahur pun.
Eheh.
........................
Ok, sekarang sebut secara berbisik..
1
2
3
Yusuf Taiyoob!!
Friday, August 29, 2008
Aku pun tak paham, faham!
Dan setelah semuanya berakhir.
Apa yang tinggal.
Hanya diri sendiri.
Atas kaki sendiri.
Stand for something or you'll fall for anything.
Diri sendiri.
........................................
Wednesday, August 27, 2008
Pelik
Kecilkan mata, tarik nafas dan aku nampak perbezaan.
Dalam tidak sedar aku sudah berubah.
I ain't got a thing to prove to you.
Makin tak peduli, mungkin.
.......
Dulu aku layan Sindarela.
Sekarang, aku layan Ku Milik Mu. Best gak la. Kelakar. Siap aku suruh orang kedai tu tukar siaran semata-mata tak nak ketinggalan. Eheh.
Aku rasa mungkin minggu depan aku layan Kisah Kaisara lak. Lagu dia pun sedap juga la halwa telinga aku ni mendengar. a e i ou apa jadah ntah haha. Lepas tu akibat terpengaruh dengan penaja, mungkin aku pakai Kotex.
Dan bila aku dah pakai Kotex makanya seminggu la aku dibenarkan tak berpuasa. Weeehuuu.
Thursday, August 21, 2008
Masalahnya?
Kita dengar satu syarikat milik bangsa lain membayar gaji lebih kepada bangsa sendiri berbanding bangsa lain walaupun mempunyai jawatan yang sama dan kelulusan yang setaraf.
Atau, bangsa mereka yang tidak mempunyai kelayakan yang sesuai di beri jawatan yang tinggi manakala satu bangsa yang lain yang mempunyai pendidikan yang terlebih di beri jawatan rendah dengan gaji yang sedikit.
Ataupun bila kamu ke kedai bangsa mereka. Kamu membayar harga yang tinggi tetapi pada masa yang sama mereka memberi harga rendah terhadap barang yang sama pada bangsa mereka.
Adakah mereka bersifat perkauman?
Dan aku kata tidak.
Mereka hanya menolong sesama sendiri.
Tidak salah bukan.
Jadi.
Kenapa perlu di beri kuota 10% kepada bukan bumiputra.
Atau ada yang mula berfikir Uitm perlu mengamalkan sistem terbuka, meritokrasi kepada semua bangsa.
Kita hanya menolong sama sendiri seperti mereka juga.
Dan itu bukan bermakna kita mangamalkan perkauman, kan?
Tuesday, August 19, 2008
New babe on the sport
Thursday, August 14, 2008
Pulas dan selak.
Aku banyak berangan.
Dalam jamban.
Sakit perut.
Dan semalam juga.
Roti dan kopi telah sampai.
Hampir dua bulan lewat.
Nasib tak basi lagi.
Eheh.
Terima kasih En. Azzam.
Dalam sakit ada ceria.
Tuesday, August 12, 2008
Destinasi
Malas.
Benci.
Sesal.
Keliru.
Sedih.
Dan bermacam-macam lagi.
Mungkin,kita masih tak tahu apa yang kita mahu. Tak tahu apa yang kita cari.
???
Sejarah tak mungkin sama dengan masa depan. Jika kita belajar.
Jangan perbodohkan diri sendiri.
Friday, August 8, 2008
Motivasi Diri
Aku kadang-kadang malas nak berfikir. Tekanan memang boleh membuatkan otak aku kurang berfungsi lalu membuat pertimbangan yang salah.
Namun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Kini, aku dah tahu apa kesilapan aku. Aku kekurangan di dalam.
Stokin
Seluar dalam
Singlet
Aku kekurangan di dalam. Haha..
Tuesday, August 5, 2008
Sunday, August 3, 2008
Bunuh Diri
Rasa macam satu perbuatan yang mengarut bila menonton rancangan kanak-kanak bila mana tiada seorang pun kanak-kanak bawah umur dalam rumah aku ni.
Entah pape.
Tapi setelah menonton, timbul rasa seronok bila melihat kerenah kanak-kanak ini di perbodohkan dengan menjawab soalan, berlakon, menyanyi dan menari.
Rancangan kanak-kanak dengan pengacara orang tua.
Hrmm, kombinasi terbaik.
Aku ada perasaan yang 'semacam' sama seperti melihat montaj TV3 dimana budak kecil terkinja-kinja meniru aksi remaja hilang akal menari sambil si ibu tersenyum bongok melihat telatah anaknya.
Hiburan, kata mereka.
Friday, August 1, 2008
Thank you, youngster
Starting and then stopping
Taking off and landing
The emptiest of feelings
Disappointed people clinging on to bottles
And when it comes it's so so disappointing
Let down and hanging around
Crushed like a bug in the ground
Let down and hanging around
Shell smashed, juices flowing
Wings twitch, legs are going
Don't get sentimental
It always ends up drivel
One day I'm going to grow wings
A chemical reaction
Hysterical and useless
Hysterical and ...
Let down and hanging around
Crushed like a bug in the ground
Let down and hanging around
Let down again
Let down again
Let down again
You know, you know where you are with
You know where you are with
Floor collapsing
Floating, bouncing back
And one day....
I am going to grow wings
A chemical reaction
Hysterical and useless
Hysterical and...
Let down and hanging around
Crushed like a bug in the ground
Let down and hanging around
Thursday, July 31, 2008
Pusing-pusing
Tak tau ker aku suka warna hijau.
Diorang ni macam saja je nak bagi aku senyum.
Karang kalau aku kenyit-kenyit mata cakap aku dah tak betul.
Entah pape.
Fed up
Give up
Oh, thank you.
Sunday, July 27, 2008
Macam tak percaya
Hari ini genap satu tahun aku bekerja di Kuala Lumpur.
Berikut adalah beberapa fakta tentang aku yang telah di luluskan Majlis Fakta Negara.
1. Dah 5 kali berpindah randah. Macam nomad.
2. Pergi kerja menaiki pengangkutan awam. Tak seksi sungguh.
3. Hampir setiap hari balik kerja lewat. Rajin.
4. Tak pernah claim OT walaupun kadang-kadang hari sabtu pun aku kerja. Gila bagus.
5. Tak pernah lagi MC tapi ada sekali ponteng kerja. Sihatnya tubuh badan aku ni yer.
6. KLCC!! apa tu?
7. Sumpah aku tak berapa tahu jalan kat KL ni.
8. Tak pernah buat maksiat. Ceh macam la dulu aku pernah.
9. Belum pernah main kenyit-kenyit mata apatah lagi mengurat mana-mana awek. Damn betul aku ni.
10. Ini juga bermaksud aku tak pernah berdating kat KL ni. Arghh.
Apa lagi yer?
Tiba-tiba aku rasa aku hidup ni membosankan.
Thursday, July 24, 2008
Semua lelaki sama
U ikut I balik rumah. Tidur dengan I. I nak di belai, di manja.
I love you.
Situasi dua.
Sorry tak angkat your call. I tak perasan tadi.
Yang sebenarnya sedang menghantar rakan seofis pulang ke rumah.
Situasi tiga.
Hye, u tengah buat apa tu?
5 minit lepas tu. Hey, u dah makan ker belum. Jangan lupa makan tau.
Setengah jam kemudian call lagi. U sibuk ker? jangan la rajin sangat yang.
Kesimpulan.
Situasi satu : Lelaki macam ni jujur orangnya errr tapi..
Situasi dua : Lelaki ni menipu tapi sebenarnya baik hati. Bukan penipu tapi menipu, beza tau.
Situasi tiga : Lelaki begini penyayang, prihatin tapi kadang-kadang menyakitkan hati.
Yang mana kamu pilih?
Mana mungkin perangai setiap lelaki sama.
Kan.
It could take you sometime to find someone, right?
Kerana hidup tidak seindah drama.
Aku tengah layan cerita sekarang. Best woo.
Maksud aku bukan sekarang yer. Sekarang aku kat ofis.
Tuesday, July 22, 2008
E intelligente, ma pigro.
Apa yang aku mahu.
Tak semestinya sama.
Cakap ini dengan bos, pegawai, orang atasan, pensyarah, cikgu, ibu, ayah, abang, kakak, kekasih, teman tapi mesra, kawan rapat atau sesiapa sahaja.
Aku tersangat malas hari ini.
Tapi aku kena rajin, banyak kerja ni.
Ehh tapi aku malas.
Aku nak rajin tapi malas.
Malas dan rajin.
Rajin atau malas.
Apa ni?
Thursday, July 17, 2008
Escape
Kira-kira 3 4 tahun dulu.
Aku hampir-hampir melarikan diri. Ke sebuah pulau.
Settle down kat sana. Lupakan daratan. Tinggalkan semua.
Masa tu aku memang dah nekad.
Tapi entah kenapa tak jadi, aku pun tak berapa ingat.
Sekarang ni ada juga rasa nak buat camtu cuma perasaan tu kurang sikit.
So, sebagai penyelesaian aku ingat nak ambil cuti panjang lepas tu lepak kat pulau.
Rehatkan badan tenangkan kepala otak.
Pulau Tioman ker Pulau Pangkor ker kan. Tak pun Pulau Babi Besar.
Bila?
Entah la.
Aku memang nak ke pulau.
Wednesday, July 16, 2008
Sosej bangun tidur
Percayalah.
Sumpah kami bukannya sengaja. Ini fitrah alam.
Owh, apalah nasib lelaki-lelaki yang menaiki komuter tu yer? Poor them.
Monday, July 14, 2008
Sunday the 13th
Bongok punya editor Metro Ahad.
Malam. Aku tengok cerita Ghazal untuk Rabiah. Yang ini pun sama macam lahanat. Apa hal gangster besar tapi ada 2 orang konco jer. Dah la tu, ada perempuan simpanan tapi tak pernah beromen. Kepala hotak dia la memalukan gangster-gangster kat luar sana jer. Yang paling aku tak paham walaupun cerita tu macam lahanat aku tetap layan dari awal sampai habis. Shit.
Selang setengah jam selepas tu. Perut aku berbunyi. Tiba-tiba rasa lapar macam tengah berpuasa. Aku keluar pergi kedai, sebab dah hampir tengah malam aku ambil keputusan untuk tapau jer lagi pun awek-awek tak ramai time macam ni. 5 minit nasi goreng kampung aku siap. Peh pantas. Sampai rumah tanpa membuang masa aku mengadap nasi tu. Suapan pertama masuk ke dalam mulut. Ptuih. Ntah apa punya rasa, langsung takda rasa kampung. Tawar, ikan bilis kurang, sikit pun tak pedas patut la cepat siap. Aku makan separuh sebelum aku campak nasi tu ke dalam tong sampah untuk jadi makanan hamster-hamster yang banyak berkeliaran kat rumah aku.
Damn.Damn.Damn.
Aku rasa
Semalam bukan di cipta untuk aku.
Thursday, July 10, 2008
Persoalan.
Yup.
Haram untuk di sentuh, di pegang apa lagi di makan dagingnya.
Kari. Tak haram kan?
Memang~lah. Kan sedap. Ada sesiapa ker yang bagitau kari tu haram?
Dahi aku secara automatik mengerut kepada dua garisan halus.
Ada.
Daging babi masak kari.
Babi kau.
Dunia.
Monday, July 7, 2008
Dalam keadaan sekarang nie
Monday, June 30, 2008
Saturday, June 28, 2008
Akan aku ingat
Thursday, June 26, 2008
Tuesday, June 24, 2008
Ini adalah sulit
Hanya mereka yang mendapat petunjuk dan hidayah sahaja bernasib baik menjumpai blog ini.Heh.
Sampai bile?
Monday, June 23, 2008
Haish!!
Apa yang aku hendak apa yang aku buat semuanya lari dari apa yang aku rancang.
Dari life ker love, dari hiburan hingga la ke sukan.
Pagi tadi pun sama Italy kalah di suku akhir , haduii.
Nie la kehidupan aku dalam 2 3 minggu kebelakangan nie.
Lebih sengsara dari buat aku tersenyum.
Well this is life i guess.
Nothing good coming to me.
Apa lagi???
Friday, June 20, 2008
Tarik nafas panjang-panjang
Macam dia nie..

Aku mahu ke bulan malam ini, ade sesape mahu jadi Orga?
Kaaaarut.
Thursday, June 12, 2008
Wednesday, June 11, 2008
Euro 08
Thursday, May 22, 2008
Thursday, May 15, 2008
Monday, May 12, 2008
Sebab Untuk Gembira Bila Tiada Awek
- Anda boleh dengan sesuka hati dan bebas sekali untuk memandang, melihat, menjeling, merenung, menskodeng mana2 gadis yg anda suka. Takda sapa pun nak marah hang haha..
- Anda tidak perlu menghabiskan duit anda yang sedikit tu pada si 'dia'.
- Tiada awek bermakna anda tidak perlu risau akan ditinggalkan. Hehe dah xder memangla xkan kena tinggal, kan best tue xder la korang pening kepala.
- Ada kemungkinan telefon anda jarang berbunyi dengan ini tiada lagi gangguan dari anasir2 jahat yang sengaja mengganggu hidup anda tanpa mengira waktu dan ketika.
- Kamu tidak perlu bertimbang rasa dengan sesiapa untuk menentukan siapa salah dan siapa yang betul.
- Anda boleh belikan hadiah unuk emak, ayah, adik atau pun atuk. Tak payah susah2 beli untuk awek korang yg xreti menghargai.
- Anda akan mempunyai lebih ramai kawan kerana sekarang anda sudah ada masa untuk bersama kawan-kawan.
- Tiada lagi cerita cinta yang membosankan anda bebas untuk menonton rancangan sukan.
- Anda tidak perlu berbohong dengan sesape maka dosa anda pun x la banyak sangat.hehe.
- Tidur anda akan nyenyak tiada lagi bermimpi tentang si dia.
- Anda tidak akan lemas dalam kolam airmata palsu si dia.
- Tiada tekanan dalam hidup anda.
- Anda akan jadi diri sendiri tiada lagi kepura-puraan.
p/s : sesungguhnya kau dalam kerugian jika tiada awek. hahaha.
Thursday, April 24, 2008
Sunday, April 13, 2008
Friday, April 11, 2008
Friday, March 28, 2008
Monday, March 24, 2008
Bola
Keputusan malam tadi :
Man. United 3 - 0 Liverpool (boleh di kira menang dengan majoriti besar)
Chelsea 2 - 1 Arsenal (usaha gigih selepas ketinggalan)
CHELSEA
Monday, March 17, 2008
Tuesday, March 11, 2008
SMS
Panas ku sangka hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengahari,
Kelantan ku sangka mudah ditawan,
Rupanya ku hilang 5 negeri,
Sungguh malang nasib ku ini,
Tiada kampung dan tiada negeri,
Penang negeriku di tawan DAP,
Taktau kemana nak bawa diri,
Ada baiknyer ku undur diri,
Bagi peluang kepada Khairy,
Sambil ku tumpu pada istri,
Mana la tau kot-kot dapat baby!!!
hehehehe..
Thursday, March 6, 2008
Amaran
Peristiwa yg amat memeritkan ini berlaku kepada kawan aku sendiri Sham, ketika dia bersama anak bini melawat zoo baru2 nie. xsmpi bebrape ratus meter berjalan, dia terkejut dengan ape yang berlaku kat depan mate dia sendiri dan bini die cepat2 memeluk smbl menutup mata anak dia yg baru berumur 3thn. dengan perasaan tidak puas hati mereka terus keluar dari zoo smbl menyumpah2 pihak zoo dlm hati.
"Pihak zoo tak patut buat bende camnie, ramai budak kecik datang sini lagi2 time weekend..diaorang tak boleh disajikan dengan bende camnie" rungut Sham tanda protes pada aku. "aku nak dedahkan perkara nie kat paper" tambah dia sambil menunjuk gambar yg sempat dia snap sebelum keluar dari zoo.
"Aku bukan ape cume aku taknak anak aku terpengaruh tue jer" kata2 terakhir dari Sham sebelum di tanduk oleh aku.
bangsat kau Sham hahaha.